Selangor FC (SFC) sekali lagi menarik perhatian peminat bola sepak tempatan apabila tiket perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan dilaporkan telah habis dijual.
Perlawanan itu dijadualkan berlangsung malam ini dan bakal menyaksikan lautan penyokong Gergasi Merah memenuhi setiap tempat duduk Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Baca Juga:
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Ia adalah kali kedua berturut-turut jualan tiket melibatkan pasukan Selangor habis terjual selepas perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) minggu lalu.
Kelab itu dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan tiada lagi baki tiket akan dijual pada hari perlawanan selain mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong setia.
❗️𝐒𝐎𝐋𝐃 𝐎𝐔𝐓 ❗️
🫡 Things we love to see. ❤️ 💛 Thank you #RedGiants! See you at the MBPJ Stadium on Sunday! 🏟️#MerahKuning #LambangKebanggaan#JusticeForFaisalHalim pic.twitter.com/8cUvAh0oU2
— Selangor FC (@selangorfc) May 23, 2024
Antara faktor yang mendorong kedatangan penyokong Selangor ke stadium ialah semangat cintakan kelab, strategi pemasaran, serta budaya sokongan yang kuat.
Secara anggaran, SFC mencatat keuntungan lebih RM400,000 dalam dua perlawanan menerusi jualan tiket jika diambil kira harga RM20 didarab dengan 10,000 penyokong.
Sebagai rekod, aksi menentang KDA FC mencatat kehadiran seramai 10,077 penyokong yang memberikan semangat luar biasa kepada pemain Selangor.
Stadium MBPJ memiliki kapasiti sebanyak 10,661 tempat duduk dan ia baru sahaja selesai menjalani kerja naik taraf membabitkan pemasangan kerusi baharu, bumbung, padang dan sistem saliran.
Semoga budaya menyokong bola sepak tempatan merebak kepada penyokong pasukan lain untuk memenuhi setiap stadium tanpa perlu memilih mana-mana perlawanan Liga Malaysia.