Tindakan pengadil Malaysia yang bertugas ketika perlawanan Liga Super 2024/25 antara Perak menentang Kelantan Darul Naim menarik perhatian media antarabangsa.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV minggu lalu, salah seorang penjaga garisan mengganggu permainan ketika pemain KDN iaitu Fazrul Amin mendapat bola di bahagian tepi padang.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Fazrul melanggar penjaga garisan itu sekaligus kehilangan bola. Akan tetapi, bola tidak dikembalikan semula kepada pemain itu dan lontaran ke dalam diberikan kepada Perak.

Troll Football Media memuat naik video tersebut di laman X dan kebanyakan pengguna laman itu berasa pelik malah ada yang menuduh pengadil seperti mengambil rasuah kerana mengganggu permainan.

Pengadil Malaysia sememangnya sinonim dengan pelbagai keputusan kontroversi yang sering merugikan kelab bertanding dalam saingan Liga Malaysia.

Baru-baru ini, pengadil perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC iaitu Fitri Maskon mencetuskan persoalan selepas beliau melayangkan kad merah kepada Ubaidullah Shamsul.

Dalam insiden pada minit ke-30 itu, pengadil terlebih dulu menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah selepas pemain bawah 23 tahun itu dikatakan menolak Bergson dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, insiden itu turut disemak pegawai Video Bantuan Pengadil (VAR) yang mencadangkan pengadil menyaksikan semula kejadian terbabit di monitor VAR tepi padang.

Selepas menyaksikan semula insiden itu, pengadil membuat kejutan melayangkan kad merah sedangkan ramai berpendapat sepakan penalti sudah memadai kerana ia bukan kesalahan serius hingga memaksa pelawat beraksi dengan 10 pemain.

Ini bukan kali pertama Fitri Maskon membuat keputusan yang kontroversi dimana sebelum ini beliau pernah dikenakan penggantungan akibat mutu pengadilan meragukan.

Hukuman berkenaan dikenakan selepas Fitri membuat beberapa keputusan terburu-buru dalam aksi Liga Super antara Selangor FC dan Kuala Lumpur FA di Stadium Shah Alam, Selangor pada 2019.

Selain Firti, beberapa pengadil Liga Malaysia yang lain pernah digantung akibat keputusan meragukan seperti Zulkarnain Zakaria yang lebih dikenali dengan panggilan ref botak yang diberikan hukuman tersebut pada tahun lalu.