Pengadil Liga Malaysia kembali menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air selepas membuat keputusan yang dianggap kontroversi dalam aksi Liga Super baru-baru ini.
Pengadil yang dimaksudkan ialah Razlan Jofri Ali dimana beliau ditugaskan untuk mengendalikan perlawanan tertunda antara Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.
Baca Juga:
- AFC Panggil Nazmi Nasaruddin Dan Ahmed Al-Kaf Ekoran Keputusan Kontroversi
- Peminat Indonesia Mahu Pengadil Mereka Jadi Seperti Nazmi Nasaruddin
- Nazmi Nasaruddin Dipuji Kemudi Aksi Persib Lawan Persija Jakarta Dengan Baik
Dalam perlawanan tersebut, terdapat dua insiden yang mana Razlan dan rakan pengadil yang lain dianggap gagal untuk membuat keputusan yang betul sekaligus dianggap meragukan oleh peminat.
Pertama, Razlan tidak memberikan sepakan penalti kepada Perak selepas Feroz Baharudin melakukan kekasaran terhadap pemain import lawan iaitu Clayton Silveira dalam kawasan penalti.
Insiden melibatkan Feroz Baharudin & Clayton Silveira didalam kotak penalti di separuh masa pertama! 🚨#DemiLigaKita #PRKJDT pic.twitter.com/Kolo8EoEvp
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 10, 2024
Insiden kedua pula menunjukkan Razlan tidak melayangkan kad merah terhadap Arif Aiman selepas pemain itu menumbuk Tommy Mawat Bada ketika kedua-dua pemain terlibat dalam satu pertelingkahan pada separuh masa kedua.
Pertelingkahan diantara Arif Aiman & Tommy Mawat di hujung permainan! 🚨#DemiLigaKita #PRKJDT pic.twitter.com/bsO9qbzZaT
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 10, 2024
Ini bukan kali pertama Razlan menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air dimana sebelum ini, bekas pengendali Penang FC iaitu Akmal Rizal pernah berseloroh mengatakan Razlan merupakan pengadil ‘terbaik’ di Malaysia.
Dalam temu bual selepas perlawanan menentang JDT pada September lalu, Akmal Rizal bagaikan meluahkan apa yang terbuku di hati beliau mengenai prestasi yang ditampilkan oleh Razlan Jofri Ali sebagai pengadil.
“Saya rasa saya tak boleh komen kerana Razlan adalah pengadil terbaik di Malaysia yang ada. Saya rasa tepat keputusan dia. Semua yang tengok boleh nilai sendiri.
“Saya akan sediakan pasukan yang lebih baik pada perlawanan yang akan datang,” katanya.
"Pengadil yang terbaik di Malaysia"
Yang mana paham tu dia senyum ja lah 🤭 https://t.co/g6BHPY0bM5
— Ultras Panthers (@UltrasPanthers) September 12, 2024
Peminat kini menanti penjelasan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai prestasi yang ditampilkan oleh Razlan Jofri Ali dalam saingan Liga Malaysia.