Anak kepada Dwayne Johnson (The Rock), Ava Raine menerima banyak kecaman, hanya kerana komen dia tentang kematian Charlie Kirk.
Ava mendapati, ramai yang kurang simpati dengan Kirk di atas kematiannya. Menurut Ava, semuanya kerana mulut celupar Kirk ketika dia masih hidup.
Di mana dia sentiasa lancang mengutuk orang lain. Ini termasuk mengecam golongan imigran, kulit hitam, mereka yang beragama Islam dan dia juga beberapa kali memperlekeh tentang rakyat Palestin serta mempersoalkan kewujudan negara tersebut.
Lantas Ava berpendapat, itulah sebabnya kenapa ada segelintir pihak kurang simpati dengan Charlie Kirk.
Ava menulis dia IG Story miliknya: “Jika kamu mahu mendapat kata kata yang elok ketika kamu sudah tiada, kamu harus berkata benda yang baik baik ketika kamu masih hidup.”
The Rock’s daughter, Ava, has doubled down on her remarks about the late Charlie Kirk. The NXT GM previously posted on her Instagram story: “If you want people to have kind words when you pass, you should say kind words when you’re alive.”
Following backlash, Ava responded with… pic.twitter.com/4KnXn8v31W
— Wrestle Ish (@WrestleIsh) September 13, 2025
Ava sebenarnya berkongsi kata kata itu daripada individu lain. Dan dia menegaskan bahawa dia setuju dengan kata kata tersebut.
and i’ll stand behind this.
be kind, now more than ever. https://t.co/uMS6JyECHB
— A V A (@avawwe_) September 11, 2025
Malangnya ada pihak kurang senang dengan Ava yang merupakan Pengarah Urusan NXT dalam francais WWE. Ada yang mendesak WWE segera memecat Ava Raine yang dianggap kurang sensitif.
Ada yang menuduh Ava sebagai biadap dengan mengeluarkan pandangan sebegitu tentang Charlie Kirk.
Charlie Kirk merupakan aktivis politik yang kontroversi. Dia meninggal dunia selepas ditembak oleh seorang lelaki berusia awal 20-an ketika sedang berceramah.