Manchester United melengkapkan perpindahan Benjamin Sesko dari RB Leipzig.

Perpindahan ini pada pandangan kami adalah perpindahan keperluan berbanding kehendak.

Masalah no.9 Man United

Sejak beberapa tahun ini, terutama musim lalu, United tidak memiliki no.9 prolifik.

sesko

Mereka banyak bergantung harap pada pemain sayap atau pemain no.8 seperti Bruno Fernandes untuk mencetak gol.

Jadi, Sesko adalah keperluan untuk United. Mereka harus membeli penyerang no.9 yang baharu. Kerana pemain seperti Hojlund dan Zirkzee jelas masih gagal meyakinkan peminat dan pengurus.

Gandingan muka baharu United ini benar benar menggerunkan lawan.

Sesko adalah upgrade

Benjamin Sesko jelas sekali upgrade untuk Man United bagi posisi no.9.

Statistik serangan pemain ini lebih baik berbanding Hojlund atau Zirkzee.

Analisis Benjamin Sesko: No.9 Baharu Man United Yang 'Super Quick' Dalam Kotak Penalti

Ini terutama sekali perbandingan  dengan Rasmus Hojlund, yang merupakan no.9 tulen untuk United.

s

Gaya permainan

Sesko adalah pemain penyerang yang tipikal ‘roaming’ striker. Suka terlibat dengan binaan  serangan bermula dari bawah.

Dia adalah pemain yang memiliki keupayaan duel yang sangat baik. Gaya permainannya yang tipikal ‘team player’ akan memberikan manfaat kepada pasukan dan sistem taktikal Amorim di United.

Sebelum ini Man United juga dikaitkan dengan Gyokeres. Dan ini perbandingan 2 pemain ini. Jelas sekali Sesko lebih kepada team player berbanding dengan ‘goal getter’ sejati.

Analisis Benjamin Sesko: No.9 Baharu Man United Yang 'Super Quick' Dalam Kotak Penalti

Pemain yang reakif

Sesko antara penyerang yang sangat reaktif ketika menerima bola di dalam kotak penalti.

Anda boleh  menjangkakan dia tidak akan menunggu lama untuk mensasarkan bola ke gawang apabila menerima bola.

Penyudah bola mati

Satu lagi tipikal pemain yang United sudah lama hilang adalah penyudah untuk situasi bola mati.

Sesko hanya menjaringkan  2 gol penalti sahaja musim lalu. Namun ketika dalam kotak, dia adalah ancaman besar pada situasi bola mati.

United sudah lama kehilangan senjata utama ketika bola mati.

1