Analisis kali ini kami akan mengulas beberapa aspek taktikal daripada final Piala Malaysia 2023 di mana Terengganu tewas 1-3 di di tangan JDT.

Arif Aiman vs pertahanan Terengganu

Sebenarnya pertahanan Terengganu wajar diberikan peluang. Mereka berjaya meneutralkan fokal serangan JDT iaitu Arif Aiman untuk tempoh yang lama.

Sistem pertahanan mereka adalah berasaskan flat back 4 yang berdisiplin dan jarang terpecah ketika mengekang asakan di zon paling bawah.

Kesannya, Bergson antara pemain yang mendapat impak itu. Dia tidak ada hubungan dengan Arif Aiman seperti biasa di atas padang.

Ini adalah contoh di mana mereka tidak tergopoh gapah untuk pergi menyerang Arif secara pressuring [pemain vs pemain] sebaliknya kekal dalam organisasi dan memaksa Arif Aiman untuk kekal di luar half space.

Pemain pemain mereka dalam body positioning dan kaki yang betul agar tidak mudah ‘dimakan’ oleh Arif Aiman dengan gelecekannya.

Arif Aiman bagaimanapun berjaya mencari jalan keluar untuk memberikan impak pada separuh masa kedua. Dia juga mencetak assist daripada sepakan penjuru kepada Feroz. Dan turut memenangi 1 penalti – yang disudahkan dia sendiri.

Kerana itulah definisi special player. Dia tidak memerlukan momen yang banyak untuk memberikan impak. Hanya dengan momen tertentu dia memberikan kesan dan pengaruhnya.

Serangan balas Terengganu

Terengganu tampil sebagai pasukan yang lebih pragmatik berdepan dengan pasukan serba serbi lengkap JDT.

Senjata utama mereka adalah serangan balas. Apa yang berlaku mereka beberapa kali memberikan ancaman yang sangat bahaya menerusi serangan balas.

Pemain tidak menyimpan bola lama dan terus melakukan forward pass. Cuma seringkali mereka hilang bola pada fasa akhir serangan itu. Sama ada kerana hantaran akhir yang lemah atau kurang ciptaan ruang yang baik.

Tetapi mereka tetap menghadirkan gol daripada sistem ini, apabila Ivan Mamut mendapat bola dan memenangi penalti – yang kemudian disudahkan dia sendiri.

Seterusnya Terengganu juga ada kelemahan yang jelas di barisan serangan iaitu kurangnya kreativiti dan juga permainan kombinasi. Serangan mereka sangat direct ataupun straight forward. Aspek ini harus diperbaiki oleh mereka.

JDT bermain dengan kemas

Kemas di sini bermaksud tidak terlalu mengejar penguasaan bola. Sebaliknya mereka mahu mereka ada kelebihan dalam perlawanan ini dari segi gol. Dan mereka cuba mempertahankan gol itu.

JDT memiliki ramai pemain berpengalaman dalam pentas besar ini. Dan mereka mengendalikan perlawanan ini dengan sebaiknya.

Melihat Terengganu tampil dalam sistem pertahanan yang kompak, JDT tidak melulu dalam serangan mereka. Kerana mereka tahu, lawan mereka malam tadi boleh memberikan masalah besar jika menyerang balas.

Ini adalah antara contoh mereka cuba melihat organisasi Terengganu terlebih dahulu.

Walaupun ada beberapa ketika mereka melakukan kesilapan, namun mereka bertanggungjawab sebagai satu pasukan.

Syihan menafikan 2 peluang gol yang bahaya daripada situasi organisasi pertahanan di hadapannya sudah terpecah.

Seterusnya JDT berjaya mendapatkan gol pendahuluan menerusi Feroz Baharudin yang merupakan pemain gantian. Impak seperti ini sangat penting dalam final seperti ini.

Ianya menaikkan semangat JDT dan kemudian mendapatkan yang terbaik daripada Arif Aiman.

Prestasi pengadil

Nak tak nak topik ini akan dibincangkan terutama sekali pengadil memberikan 3 penalti dalam satu perlawanan.

Selain itu, Jordi Amat benar benar harus menarik nafas lega kerana tak dibuang padang ketika dia menganggu pemain dengan melakukan kesalahan untuk menghalang Ivan Mamut menyempurnakan peluang gol terhidang.

Jordi Amat sebenarnya tersilap jangka bola dan posisi badannya tidak bagus dalam situasi ini.  Ivan Mamut harus diberikan pujian kerana melakukan tekanan berterusan.

Walaupun pengadil tidak begitu memuaskan hati kem Terengganu namun pemain pemain mereka dilihat kekal fokus dan profesional dalam perlawanan ini. Kalau ada bantahan kepada pengadil itu biasalah la kan.

Rumusan

Berdasarkan analisis aksi JDT dan Terengganu ini, kami simpulkan ianya final yang baik dan penuh dengan tekanan kerana prestasi pengadil yang dianggap kurang memuaskan.

Namun secara taktikal kedua dua pasukan mempamerkan taktikal yang berkesan. Misalnya Terengganu, mereka ada pelan taktikal yang baik berdepan JDT pada kali ini walaupun dari segi teknikal mereka tidak sebagus lawan mereka itu dari segi kualiti invididu.