Taktikal high pressing dan intensif PSG membuatkan Inter Milan sekadar datang ‘melancong’ ke Munich pada aksi final Liga Juara Juara Eropah 2024/25.

PSG Juara UCL 2024/25, Tamatkan Penantian 55 Tahun

Formasi awal

PSG turun dengan sistem 4-3-3 dalam final ini. Menggunakan Kvaratskhelia dan Desire Doue sebagai penyerang sayap dan Ousmane Dembele sebagai false 9.

Analisis: Taktikal High Pressing PSG Lemaskan Inter Milan Di Final UCL

Sementara Inter Milan menggunakan sistem 3-5-2. Mereka mahu mengejutkan PSG dengan serangan dari sayap dan bermain lebih defensif dalam rantain berlima / chain of 5.

Analisis: Taktikal High Pressing PSG Lemaskan Inter Milan Di Final UCL

Tekanan awal PSG dengan high tempo press

Luis Enrique tahu bahawa Inter Milan akan bermain defensif berdepan dengan mereka. Dan dia mengarahkan pasukannya melakukan tekanan seawal mungkin.

Analisis: Taktikal High Pressing PSG Lemaskan Inter Milan Di Final UCL

Analisis: Taktikal High Pressing PSG Lemaskan Inter Milan Di Final UCL

Bonus tambahan untuk PSG apabila mereka mendapat gol awal seawal minit ke-2. Dan ketika itu, jelas pemain pemain Inter mulai tidak pasti apa yang harus mereka lakukan.

Sama ada mereka perlu menukar pendekatan kepada lebih terbuka atau kekal dengan disiplin bertahan yang dimahukan. Jelas sekali Simone Inzaghi tidak gembira dengan beberapa pemain yang mulai gugup dan hilang disiplin.

Dan PSG mendapat gol lagi selepas 20 minit permainan. Inter Milan teragak agak dalam situasi mereka ada penguasaan bola. Dan membuatkan dengan mudah PSG merampas menggunakan sistem counter pressing.

Desire Doue ‘OP’

Desire Doue memang pemain muda yang luar biasa terutama sekali dalam kempen UCL musim ini. Dan dia benar benar berada di prestasi luar biasa dalam final ini.

Dia terlibat dalam 3 gol pertama PSG dalam perlawanan ini. 2 gol dan 1 assist yang dia hasilkan.

Keberanian Doue untuk mengatasi lawannya yang lebih berpengalaman, dan juga permainan kombinasi PSG yang pantas membantunya untuk menunjukkan aksi terbaik itu. Dia juga berkesan  dalam sistem high pressing yang memerlukan dia menjadi orang pertama menekan lawan.

Menurut laman Match Analysis dia menjadi ancaman utama kepada Inter Milan dalam perlawanan ini.

Jadi tidak hairanlah pemain berusia 19 tahun itu dipilih sebagai Pemain Terbaik Final UCL 2024/25.

Disiplin PSG

Satu perkara yang boleh dipelajari daripada PSG adalah disiplin mereka selepas mendahului 2 gol. Mereka tidak ‘overcommit’ atau  mulai terbuai buai dan menunjukkan skil individu tidak perlu.

Seebaliknya pemain kekal dalam disiplin taktikal. Bertahan apabila perlu dan melakukan pressing sebagai satu unit.

Kepimpinan Marquinhos benar benar berpengaruh dalam pasukan ini. Dia tidak lekang menjerit menyedarkan pemain pemain muda dan juga memberikan ‘taklimat’ kapten sebelum masuk ke padang pada separuh masa kedua.

PSG sedar bahawa sikap terbuai buai boleh memakan diri, terutama sekali Inter Milan mungkin akan menghukum mereka deengan sistem lebih fizikal.

PSG kekal dengan sistem yang sama iaitu high pressing, walaupun intensitinya tidak selaju separuh masa pertama, itu perkara biasa. Tiada pasukan yang mampu kekalkan intensiti setinggi itu dalam 90 minit. Namun PSG boleh dikira masih intensif dan menyukarkan Inter Milan.

Analisis: Taktikal High Pressing PSG Lemaskan Inter Milan Di Final UCL

Respon Inter Milan lemah

Ketinggalan pada separuh masa pertama, Inter langsung tidak memberikan respon yang sepatutnya selepas dikenakan oleh PSG dengan sistem high preessing.

Malah aspek fizikal dan duel pun mereka kalah berdepan dengan PSG yang menurunkan ramai pemain muda dan lebih kecil saiz fizikal mereka.

Gol ketiga dan keempat membuatkan Inter Mila benar benar ‘habis’ dalam perlawanan ini. Pemain pemain mereka seolah olah menunggu wisel penamat untuk keluar dari padang. Dalam keadaan mereka benar benar tidak melawan.

Di bahagian tengah, Inter Milan benar benar tiada cengkaman di bahagian tersebut. Membuatkan mereka lebih sukar.

Mereka kemudian diaibkan dengan gol kelima PSG. Yang kekal dengan sistem serangan sama. Pemain kekal dengan permainan intensif menyerang secara unit.

Analisis: Taktikal High Pressing PSG Lemaskan Inter Milan Di Final UCL

Rumusan

PSG menang UCL dengan taktikal high pressing yang kemas dan profesional daripada semua pemain.

Ianya kejuaraan yang selayaknya milik PSG yang hadir  ke final sebagai satu satunya pasukan yang benar benar mahu bermain.

Inter Milan seperti masih belum cukup bersedia untuk final ini. Tidak hairan kalau Simone Inzaghi menganggap ianya seperti bukan Inter Milan yang dia kenal.