Malaysia bimbingan Kim Pan Gon berjaya mengatasi Taiwan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 bagi aksi kedua selepas kemenangan lawan Rep. Kyrgyz tempoh hari.

Sistem permainan Kim Pan Gon dengan 3 pemain titik graviti rendah di belakang Paulo Josue paling menarik perhatian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malaysia dominan dari awal

Malaysia memiliki dominasi yang lebih baik bermula daripada sepak mula separuh masa pertama.

Namun masalah utama Malaysia adalah kesukaran menembusi pertahanan kompak yang berkampung di blok rendah mereka.

Harus diakui bahawa Malaysia tidak begitu ‘decisive’ dalam segala peluang yang dicipta. Pemain gagal menyempurnakan deretan peluang yang ada.

Ini adalah situasi yang boleh dianggap half chance di mana pemain melengahkan percubaan ke arah gol.

Organisasi pertahanan Taiwan

Mereka bermain dengan sistem man to man marking. Dan kadangkala sistem itu bercelaru dan memberikan banyak ruang kepada Malaysia untuk mendapat bola kedua atau ruang di hadapan gol.

Secara keseluruhan pertahanan mereka berjuang dengan  sangat kuat dalam perlawanan ini. Banyak kali mereka melakukan aksi defensif penting pada momen akhir yang sebenarnya boleh menyebabkan mereka bolos.

Mereka tidak takut untuk melakukan bentesan ketika situasi pemain mereka di dalam situasi pertahanan akhir. Ianya risiko yang harus diambil dan pada separuh masa pertama mereka berjaya.

3 pemain bertitik graviti membentuk attacking 4

Akhyar Rashid, Faisal Halim dan juga Arif Aiman memiliki satu persamaan jelas iaitu mereka pemain dengan pusat graviti rendah. Dan mereka sangat lincah. Mereka yang membentuk attacking 4 dengan Paulo Josue.

Mobiliti dan fluditi 3 pemain di belakang no.9 sangat tinggi. Sementara Paulo Josue lebih statik. Tidak banyak interaksi secara gerakan lebih kepada menanti bola.

Berlaku perubahan peranan yang berterusan antara mereka. Membuatkan pertahanan Taiwan berdepan dengan banyak masalah untuk mematikan gerakan lincah mereka.

Paulo Josue bergerak sebagai false no.9 di hadapan 3 pemain ini, alasan dia mudah, Kim Pan Gon sudah tahu mereka harus bermain dengan seorang target man yang boleh bersduel dengan pertahanan Taiwan.

Secara keseluruhan sistem ini sangat baik, cuma ketajaman itu yang agak mengecewakan sedikit berdasarkan nisbah ancaman yang dihasilkan. Cuma ianya akan lebih baik jika Paulo Josue lebih berkesan dalam organisasi misalnya menjadi link up play lebih aktif.

Ini antara contoh bagaimana pertahanan lawan menjadi hilang organisasi secara total dengan sistem pertahanan man marking mereka.

Namun isu yang jelas adalah Paulo Josue tidak cukup efektif sebagai false no.9 dan mungkin kita harus memikirkan bahawa ini kali pertama dia beraksi dengan sistem di hadapan 3 pemain tersebut.

Darren Lok supersub

Kim Pan Gon sekali lagi membuktikan bahawa dia memiliki perancangan permainan yang baik. Sekali lagi pemain gantian beliau memberikan impak.

Sama seperti dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Darren Lok masuk sebagai pemain gantian dan dia memiliki poaching quality yang bagus menghidu peluang itu.

Gol itu dicetuskan oleh percubaan Endrick – yang juga pemain gantian – dan ia membuatkan Darren Lok berpeluang untuk menyambar bola kedua.

Rumusan

Ini adalah kemenangan profesional dicatatkan Malaysia. Di mana Harimau Malaya menang dalam perlawanan yang mereka harus menang memandangkan Taiwan merupakan lawan di ranking paling rendah dalam kumpulan D.

Kim Pan Gon sebelum perlawanan menggariskan bahawa, kemenangan ke atas Taiwan bukan pilihan tetapi sesuatu yang wajib, atau lupakan sahaja impian ke pusingan seterusnya.

Selain itu, fokus para pemain  juga sangat baik. Setelah berterusan kecewa mendapat gol, pemain terus bersabar dan berusaha.