Analisis JDT vs Pohang Steelers kali ini, kami akan fokus kepada beberapa aspek taktikal yang membuatkan JDT unggul.
JDT menewaskan Pohang Steelers dengan kemenangan besar 5-2 untuk mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan kalah mati dengan bergaya.
ACL Elite 2024/25: Belasah Pohang Steelers 5-2, JDT Sahkan Kemaraan Ke Pusingan 16
Analisis JDT vs Pohang Steelers
1. Tekanan di garisan tinggi
Perkara yang paling merimaskan Pohang Steelers adalah tekanan JDT di garisan tinggi.
Ia kerap memaksa pertahanan mereka melakukan hantaran panjang yang panik.
Tekanan yang sama membuatkan penjaga gol mereka melakukan kesilapan dan dihukum Arif Aiman.
Ianya pelaburan berisiko tinggi daripada JDT namun pulangannya pun lumayan. Ini hasilnya.
Dah macam EAFC25!
Tekanan berintensiti tinggi Arif Aiman membuahkan hasil!
Berjaya menyambar hantaran penjaga gawang Pohang Steelers sebelum 'fake-shot' dan terus meluru ke gawang!#ACLElite #JDTvPOH pic.twitter.com/vODUBM70Mb
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 18, 2025
2. Kelebihan numerical
JDT sentiasa cuba mewujudkan kelebihan secara numerical atau jumlah pemain.
Ini kerana mereka memerlukan aliran bola segera ke hadapan. Cuba mengelak terlalu kerap berpatah balik ketika serangan bergerak ke atas.
Pohang Steelers kelihatan semakin gugup untuk berdepan dengan JDT yang semakin bermotivasi dan berani.
Ianya berkaitan dengan tekanan. JDT mengendalikan tekanan mereka dengan lebih baik. Pohang Steelers pula gagal.
3. Permainan terbuka
Mungkin Pohang Steelers menyesali sepenuhnya sistem permainan terbuka. Mereka adalah pasukan yang perlukan kemenangan.

Maka difahami mereka mahukan gol. Tetapi pemilihan taktikal terlalu terbuka dan garisan terlalu tinggi ini membuatkan JDT benar benar ‘hidup’.
Sukar untuk menyatakan Pohang Steelers memandang rendah kemampuan JDT, kerana prestasi pasukan dari Malaysia itu sangat mengujakan musim ini di ACLE.
Ianya lebih kepada susunan taktikal sepihak. Penyediaan taktikal Pohang lebih kepada untuk mereka sahaja dan tidak cukup analisis tentang kekuatan utama lawan.
4. Kelemahan penjaga gol dan pertahanan Pohang Steelers
Melalui analisis JDT vs Pohang Steelers yang kami buat, kami datapi penjaga gol Pohang Steelers berterusan menunjukkan aksi gugupnya.
2 kesilapan penjaga gol menyumbang secara langsung kepada gol JDT. Dan satu kesilapan secara tidak langsung.
Ketika rakannya mencetak gol penyamaan, Yun Pyeong-Gook memuntahkan bola dan disambar masuk oleh lawan. Mujur VAR menafikan satu gol JDT ketika penjaga gol turut melakukan kesilapan penjaga gol.
Pertahanan Pohang Steelers seperti tidak cukup cergas dan terlalu mudah dibuli JDT dalam duel 1 v 1. Bergson dengan mudah mengatasi pertahanan mereka untuk mencetak gol dari sudut sukar.
5. Intensiti 90 minit JDT
Ianya juga kerana pengurusan permainan yang bagus daripada JDT. Termasuk membuat pertukaran pada waktu yang tepat.
Pohang Steelers berdepan dengan corak permainan intensif selama 90 minit ini.
Pasukan Korea Selatan itu juga sebenarnya intensif sepanjang perlawanan. Namun kualiti penyudah akhirnya men jadi perbezaan.
Ini yang menjadikan perlawanan ini benar benar seimbang dan terbuka. Jika ada membeli tiket mahal untuk perlawanan seperti ini, anda tak akan kisah.
Dalam kedudukan 3-2 pada masa kecederaan minit ke-90+6, JDT masih menekan lawan di garisan tinggi.
JDT melakukan 16 percubaan, dan Pohang dengan 15 percubaan. Beza yang jelas kualiti penyudah. JDT ada 10 percubaan tepat berbanding 2 oleh lawan mereka.
Rumusan analisis JDT vs Pohang Steelers
JDT lebih baik dari segi organisasi serangan mereka. Dan secara taktikal mereka tidak takut diajak bermain secara terbuka untuk 90 minit sekalipun.
Dalam perlawanan seperti ini, bahagian tengah adalah paling penting. Dan JDT benar benar tidak memberikan bahagian tengah itu kepada lawan mereka.
Berdasarkan analisis JDT vs Pohang Steelers ini, mungkin satu perkara yang akan dibangkitkan di post mortem adalah track back. 2 gol Pohang itu adalah kerana kelemahan JDT dalam track back dan mengesan ancaman pelari ketiga atau third man runner.