Kelemahan struktur dalam sistem taktikal terus menghantui Ruben Amorim sejak menyertai Manchester United. Dia sudah cuba memperbaiki aspek tersebut namun jelas ianya terus membelenggu mereka.

Berikut 5 pekara yang kami gariskan daripada kekalahan United di tangan Spurs.

1. Perlaksanaan lemah Man United

Kesilapan perlaksanaan taktikal adalah punca Manchester United kalah dalam aksi final Europa League menentang Spurs.

Kelemahan ini sebenarnya telah wujud sejak hari pertama Amorim berada di United, ketika pengurus itu cuba mengubah gaya formasi taktikal kepada sistem 3-4-3.

Setelah berbulan bulan lamanya, Amorim masih gagal menerapkan kefahaman taktikal kepada pemain Man United. Di sini anda melihat, ketika Bruno Fernandes naik sebagai extra man, jelas United tidak mengisi ruang zon 14 itu dengan pemain lain.

Analisis: Kelemahan Struktur Antara 5 Perkara Daripada Kekalahan United Di Tangan Spurs

Bruno Fernandes memang diberikan kebebasan untuk bergerak naik tinggi seperti no.9 namun sistem sokongan United ini sangat longgar. Membuatkan mereka sukar untuk recycle bola atau mempelbagaikan corak gerakan.

Analisis: Kelemahan Struktur Antara 5 Perkara Daripada Kekalahan United Di Tangan Spurs

Amorim sebelum ini banyak kali menyatakan bahawa, kemenangan bukan bukti bahawa mereka bermain bagus. Walaupun ada kalanya mereka menunjukkan peningkatan.

Namun kefahaman United dalam sistem taktikal ini terus menjadi tanda tanya.

2. Perubahan formasi / fluiditi

Isu pertama adalah pertukaran peranan bek bertiga ketika fasa menyerang dan bertahan.

Boleh dikatakan hanya Harry Maguire yang benar benar banyak berubah dan meningkat memhami kehendak taktikal Amorim.

Di mana Luke Shaw dan Lenny Yoro masih tidak jelas perkara yang mereka lakukan. Mereka kerap hilang fokus dan kehilangan marking mereka pada detik penting.

Misalnya di sini, Shaw sepatutnya gunakan kelebihannya untuk memintas bola pada kedudukan dia di hadapan penyerang lawan.

1

Apa yang berlaku dia dimanipulasi seolah olah tiada shoulder check dilakukan.

2

Man United kerapkali berdepan masalah dengan struktur mereka dieksploitasi lawan dalam keadaan yang tidak harus berlaku.

Selain itu, pemain bek tengah United kerap berada di kedudukan yang tidak bagus ketika perubahan kepada 5-3-2 atau 3-3-3-1 atau 3-2-5.

Perkara itu mereka banyak perbaiki pada separuih masa kedua. Dan menjadikan permainan United lebih baik.

3. Dorgu dan Mazraoui bagus namun masih terdedah

Semalam Mazraoui dan Dorgu bermain dengan baik dari segi posisi dan formasi. Namun mereka banyak terdedah kepada bahaya ketika diserang balas kerana sistem bek bertiga di belakang yang tidak bagus.

Analisis: Kelemahan Struktur Antara 5 Perkara Daripada Kekalahan United Di Tangan Spurs

Mereka bernasib baik kerana Spurs tidak berada dalam prestasi terbaik. Pemain seperti Richarlison, Solanke kerap melakukan kesilapan pada fasa serangan balas.

Itupun Spurs masih mampu mencipta beberapa siri peluang berharga termasuk gol.

Analisis: Kelemahan Struktur Antara 5 Perkara Daripada Kekalahan United Di Tangan Spurs

4. Pertahanan Spurs

Ini adalah salah satu perlawanan yang menunjukkan sebenarnya, Ange Postecoglou ada kemampuan mengolah sistem permainan bertahan.

Dengan kehilangan ramai pemain utama dan juga isu kecergasan pemain. Mereka mendahului awal perlawanan, maka pilihan terbaik adalah fokus kepada sistem ultra defensive.

Mereka berjaya melakukannya dengan baik. Walaupun pada fasa serangan balas mereka harus lebih baik dengan penyerang no.9 mereka isolated dengan teruk.

5. Ketumpulan United

Dalam kita memuji kekentalan Spurs, harus juga digariskan tentang ketumpulan Manchester United.

Mereka ada beberapa peluang keemasan yang sepatutnya menghasilkan gol. Namun gagal disudahkan.

Amorim memasukkan Garnacho dan Zirkzee. Dua pemain ini jelas memperbaiki aspek permainan kombinasi di kotak penalti lawan. Namun tidak cukup tajam untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Garnacho mungkin patut masuk lebih awal?

Analisis: Kelemahan Struktur Antara 5 Perkara Daripada Kekalahan United Di Tangan Spurs

Rumusan

Kemenangan Spurs ini adalah kerana kesanggupan pemain mereka bermain dengan idea yang sama. Keinginan mereka lebih tinggi berbanding United. Mereka jelas mahukan piala ini lebih daripada United.

Man United masih jauh daripada sebuah pasukan yang ada falsafah yang jelas dalam permainan. Separuh masa kedua adalah jauh lebih baik kerana permainan lebih berani dan direct berbanding separuh masa pertama yang terlalu banyak aksi sentuhan tak perlu.

Apapun syabas Spurs. Menamatkan kemarau piala 17 tahun lamanya. Dan ini trofi pertama Son Heung Min di Eropah.