Arsenal mengekalkan rekod sempurna pada permulaan musim selepas menewaskan Chelsea 2-1 di Emirates Stadium.
Chelsea terlebih dahulu membuka jaringan melalui Morgan Rogers pada minit kedua, tetapi Arsenal bangkit menerusi Kai Havertz dan Martin Odegaard untuk melengkapkan kemenangan penting dalam derby London ini.
Keputusan akhir mungkin kelihatan menang tipis, tetapi perlawanan ini memperlihatkan dua pasukan yang mempunyai identiti jelas.
Chelsea bermula dengan keberanian dan intensiti tinggi, manakala Arsenal menunjukkan ketenangan, kawalan tempo serta keupayaan untuk menguruskan detik-detik penting.
Keupayaan di sepertiga akhir atau final third
Angka paling penting bukanlah jumlah rembatan, kerana kedua-dua pasukan mencatat sembilan percubaan.
Perbezaannya terletak pada kualiti percubaan. Arsenal menghasilkan lima rembatan tepat dan tiga peluang besar, sedangkan Chelsea hanya menguji David Raya sekali dengan rembatan yang benar-benar tepat.
Itulah yang membezakan Arsenal dan Chelsea dalam perlawanan ini. The Gunners lebih efektif di sepertiga akhir. Dan menjaringkan gol pada momen penting.
Chelsea bermula agresif
Chelsea memulakan perlawanan dengan pendekatan agresif. Hasilnya, Chelsea mendapat gol menerusi Morgan Rogers. Ianya selepas pertahanan Arsenal huru hara mahu mengeluarkan bola pertama, kedua dan seterusnya.

Dari sudut taktikal, gol ini menunjukkan bagaimana Chelsea mahu menyerang ruang selepas situasi bola mati.

Mereka tidak terlalu lama memegang bola. Sebaliknya, mereka cuba memenangi duel atau perebutan bola pertama, mengejar bola kedua dan melepaskan percubaan sebelum blok Arsenal sempat disusun semula.
Respon Arsenal
Arsenal bagaimanapun tidak hilang struktur. Mereka tidak terburu-buru mengejar gol penyamaan dengan hantaran menegak yang berisiko.
Sebaliknya, pasukan tuan rumah meningkatkan tekanan secara berperingkat dan mula menguasai kawasan tengah.
Arsenal kembali mengawal permainan dan mulai mula menggerakkan bola dengan lebih sabar.
Declan Rice dan Myles Lewis-Skelly berperanan penting dalam memastikan Arsenal tidak terputus antara barisan pertahanan dan barisan serangan.

Bukayo Saka terus menjadi ancaman dari sebelah kanan, manakala Kai Havertz kerap bergerak keluar dari posisi penyerang utama untuk membuka ruang kepada pemain tengah menyerang.
Pergerakan ini penting kerana ia memaksa pertahanan Chelsea membuat keputusan: sama ada mengikut Havertz keluar atau kekal menjaga ruang di hadapan kotak penalti.
Pada minit ke-25, Havertz memanfaatkan ruang tersebut. Pemposisan Havertz adalah kunci utama.
Gol itu bukan sekadar hasil kehebatan individu, tetapi juga hasil tekanan berterusan Arsenal terhadap blok pertahanan Chelsea.

Peranan Havertz dalam gol kemenangan
Gol kedua Arsenal pada minit ke-50 memperlihatkan aspek kombinasi yang lebih menarik.
Havertz melakukan dummy terhadap hantaran lintang rendah, membiarkan bola bergerak kepada Odegaard yang berada dalam posisi lebih baik.
Odegaard mendapat masa dan ruang yang mencukupi untuk menyudahkan peluang dari jarak dekat. Dan dia melakukan rembatan tajam.

Inilah salah satu kekuatan Arsenal dalam perlawanan ini. Mereka tidak hanya bergantung kepada hantaran lintang untuk mencari penyerang utama.
Mereka menggunakan pergerakan badan, pertukaran posisi dan larian tanpa bola untuk mencipta ruang kecil di kawasan penalti.
Chelsea memberi tekanan, tetapi kurang ketajaman
Selepas Arsenal mendahului, Chelsea tidak menyerah. Xabi Alonso membuat perubahan untuk memberikan lebih tenaga dan kawalan di bahagian tengah. Chelsea kemudian menekan Arsenal dengan lebih tinggi, terutama dalam 15 minit terakhir.
Pedro Neto hampir menyamakan kedudukan apabila percubaannya terkena tiang.
Estevao Willian pula memaksa Raya melakukan satu lagi aksi menyelamatkan bola, manakala Palmer dan João Pedro cuba membawa bola dengan pantas ke kawasan akhir Arsenal.
Masalah Chelsea ialah tekanan tersebut tidak diterjemahkan kepada peluang bersih yang mencukupi.
Mereka mempunyai beberapa serangan berbahaya, tetapi banyak daripadanya berakhir dengan hantaran terakhir yang kurang tepat atau percubaan lemah.
Statistik menunjukkan bahawa Chelsea mencatat 13 rembatan, dan 15 untuk Arsenal. Dari segi ketepatan Arsenal dengan 8 dan Chelsea dengan 5. Kualiti ketepatan itu ada.

Namun kualiti ketajaman untuk bola masuk itu membezakan mereka.
Arsenal lebih matang mengurus kelebihan
Selepas menjaringkan gol kedua, Arsenal tidak bermain secara panik. Ianya tipikal karakter Arsenal yang mereka miliki pada musim lalu di mana mereka menjadi juara.
Mereka memang terpaksa bertahan lebih dalam pada penghujung perlawanan, tetapi masih cuba mengawal tempo melalui penguasaan bola dan hantaran yang selamat.
Dalam perlawanan besar seperti ini, derbi sebandar, kemampuan mengurus kelebihan satu gol sering menjadi penentu.
Arsenal berjaya membezakan antara bertahan secara teratur dan bertahan kerana panik. Chelsea memberikan tekanan, tetapi Arsenal berjaya mengekalkan disiplin di dalam kotak penalti.
MOTM pilihan Vocket: Martin Odegaard
Odegaard bukan sahaja menjaringkan gol kemenangan, malah menjadi penghubung utama antara bahagian tengah dan serangan Arsenal. Beliau sentiasa mencari ruang di antara pemain tengah dan pertahanan Chelsea.
Martin Ødegaard's game by numbers vs. Chelsea:
77 minutes played
65 touches
48/54 successful passes
16 line-breaking passes
6 passes into final third
4 chances created
3 duels won
3x possessions won
2 big chances created
1/2 shots on target
1 goalTop performance. 💪 https://t.co/xbcNScPoR4
— Squawka (@Squawka) September 6, 2026
Kehadiran Odegaard juga membantu Saka dan Havertz kerana pertahanan Chelsea tidak boleh terlalu fokus kepada pemain di sayap.
Apabila Odegaard bergerak ke kawasan half-space, Arsenal mempunyai lebih banyak pilihan untuk melakukan kombinasi pendek atau hantaran terus ke dalam kotak.
Golnya membuktikan ketenangan beliau di kawasan penting. Dalam perlawanan yang seimbang, pemain seperti Odegaard mampu mengubah keputusan hanya dengan satu gerakan dan satu sentuhan yang tepat.
Rumusan
Bagi Arsenal, kemenangan ini menunjukkan mereka semakin matang.
Mereka mampu menerima tamparan awal, mengekalkan struktur dan mengubah momentum tanpa perlu terburu-buru. Tiga mata ini juga penting kerana ia datang menentang Chelsea yang masuk ke perlawanan dengan rekod 100 peratus.
Namun, Arsenal masih perlu memperbaiki pertahanan ketika situasi bola mati.
Gol Rogers berlaku kerana mereka gagal mengurus bola kedua di luar kotak. Jika kesilapan yang sama berulang menentang pasukan dengan penyudah lebih klinikal, akibatnya mungkin lebih besar.
Bagi Chelsea pula, terdapat banyak perkara positif. Chelsea menunjukkan mereka mampu memberikan saingan kepada Arsenal.
Xabi Alonso juga menunjukkan bahawa pasukan Chelsea ini boleh dibentuk untuk bermain dalam laras dan disiplin taktikal yang dia mahukan.
Mereka berani menyerang, tidak takut bermain di Emirates dan berjaya memberi tekanan kepada juara sehingga wisel penamat. Tetapi mereka perlu meningkatkan ketepatan hantaran akhir dan kualiti percubaan.