Dalam analisis Vocket kali ini kami menganalisis bagaimana JDT boleh kalah dengan teruk di tangan Kawasaki Frontale. JDT tewas 5-0 dalam aksi kelima peringkat kumpulan ACL 2023/24.

Ini 3 perkara yang kami gariskan dalam analisis JDT vs Kawasaki Frontale:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Kawasaki Frontale membentuk hala tuju perlawanan, JDT terjerat

Ini adalah kunci utama kepada perlawanan ini. Di mana Kawasaki Frontale berjaya membentuk acuan perlawanan ini mengikut kehendak mereka.
Perkara ini selalu JDT buat di Liga Malaysia. Mereka sangat pakar untuk membentuk hala tuju dan acuan permainan seperti yang mereka mahukan.

Kali ini mereka pula terkena ‘pukau’ untuk bermain dengan acuan dimahukan lawan.

JDT sebenarnya telah bermain dalam perlawanan yang dimahukan oleh Kawasaki Frontale. Juara Liga Super Malaysia itu gagal melakukan destroying untuk mengganggu sistem mereka.

Bahagian tengah mereka tak kukuh ketika membantu bertahan atau menyerang. Pivot JDT ada masalah dalam perlawanan ini dalam membantu menstabilkan pasukan.

Lawan mereka cuba untuk bermain  sebanyak mana hantaran di zon sepertiga akhir JDT untuk mencari ruang dan menarik keluar pemain pertahanan.

Mereka banyak bergerak di sebelah kanan untuk mencipta peluang gol. Dan kelima lima gol mereka dicetuskan daripada gerakan sebelah kanan.

2. Pelan taktikal Kawasaki Frontale yang tidak dineutralkan

Sudah tentunya Kawasaki Frontale bermain dengan free flowing football yang jauh lebih baik daripada apa yang mereka cuba tonjolkon dalam aksi di SSI sebelum ini.

Mereka sangat fluid dalam perlawanan ini. Itu membantu mereka meningkatkan keberanian dan motivasi.

Mungkin mereka belajar untuk tidak memandang rendah lawan dan akhirnya bermain lebih serius dalam perlawanan ini.

JDT dalam perlawanan  ini tidak bermain terlalu intensif ketika pressing. Mereka bermain dengan sistem lebih pragmatik. Namun Kawasaki Frontale sabar dan tenang untuk kekal dengan pelan taktikal mereka.

Ini antara contoh mereka membina gol pertama. Bermula dengan pertukaran arah bola dari kiri ke kanan. Mereka menunggu momen sesuai untuk melakukan penetrasi dengan melihat ruang yang dibuka.

Compactness JDT dipecahkan apabila pemain memutuskan untuk pergi ke zon lebih lebar di tepi berbanding shield di dalam kotak dan kekal dalam organisasi.

Ketika perkara ini berlaku, tiada pemain yang segera menutup ruang yang ditinggalkan, dan ruang itu dimanipulasi untuk menerima hantaran.

Kemudian dalam situasi akhir ini, semua pemain sudah melakukan rutin pertahanan asas iaitu ‘pick your man’ atau ambil seorang pemain untuk dirantai. Namun winger JDT tidak melakukannya dan memberikan kelebihan kepada lawan.

Kawasaki Frontale berpegang kepada prinsip serangan ini sepanjang perlawanan. Mereka mengekalkan bola dan bertukar hantaran kerap untuk mencipta ruang.

3. Disiplin pertahanan JDT vs hantaran lintang

Ini adalah masalah JDT kali ini. Mereka banyak beraksi perlawanan besar seperti ini dan kerapkali menunjukkan semangat dan fokus ketika bertahan terutama berdepan hantaran lintang.

Kali ini ianya agak kurang. Berdepan pula dengan pasukan yang bermain sangat baik.

Gol kedua ini jelas sekali tidak ada komunikasi atau komitmen lebih tinggi daripada pemain untuk pergi ke arah pemain  yang tak dikawal di dalam kotak penalti. Pemain itu bukan calang calang, bekas wonderkid Brazil, Leandro Damiao.

Apabila 2 bek tengah pergi merantai seorang pemain yang sama, bermakna, akan ada ruang besar di belakang mereka. Pada masa ini memerlukan pemain lain untuk doubling atau covering.

Nak tak nak Davies harus ambil tanggungjawab itu dengan menilai kekuatan cross lawan yang akan singgah di situ. Pada masa yang sama, pemain lain harus merantai pemain lain lagi.

Itu tak berlaku, Davies shut down atau memperlahankan gerakannya. Bahasa kasarnya, ball watching sekali lagi.

Pada gol ketiga sekali lagi Davies lemah dalam desicion making dalam kotak penalti. Body positioning dia baik pada situasi cross dilepaskan. Kerana dia tak ‘mendedahkan nombor’ kepada lawan.

Namun ketika tiba situasi duel dia tiba tiba memutuskan untuk melakukan hadangan badan. Ia tindakan kurang bijak berbanding cuba melompat lebih awal untuk memenangi bola tinggi.

Gol keempat Kawasaki Frontale sekali lagi dicipta dengan prinsip sama, cuba mencari ruang untuk masuk ke kotak dan melakukan hantaran lintang.

Pertahanan JDT dengan unit yang ramai sekali lagi terlalu mudah membenarkan lawan bergerak dan menerima bola.

Kawasaki Frontale mengaktifkan corak overloading kotak penalti dengan larian lewat atau late run seperti mana mereka lakukan pada gol ketiga dan keempat.

Rumusan

Ada banyak perkara yang bakal disebut oleh JDT dalam post mortem dan taklimat katikal mereka selepas kekalahan di tangan Kawasaki Frontale ini.

Ianya hari JDT bermain dengan teruk berdepan dengan pasukan yang bermain di prestasi terbaik. Kita sebelum ini pernah melihat JDT kalah namun bukan dengan karakter dan disiplin yang seperti ini.