Anda seorang yang mementingkan penjagaan kulit? Atau anda tidak kisah dengan kesan sinaran UV ketika berada di bawah terik mentari? Mungkin juga anda seorang yang tidak kisah mendapat selaran matahari selepas seharian berhibur di luar.
Namun, video pendek daripada Thomas Leveritt ini pasti akan mengubah persepsi anda terhadap pentingnya pemakaian krim pelindung matahari! Beliau telah mengarahkan orang awam untuk berdiri di hadapan kamera UV lalu merakam aksi-aksi spontan mereka yang jelas terkejut melihat sejauh mana kesan sinaran UV ke atas kulit manusia. Saksikannya.
Lepas ini jangan lupa ke pasar raya berhampiran untuk membeli krim pelindung matahari!