Amerika Syarikat harus merancang satu program penyelidikan bernilai ratusan juta dolar untuk merealisasikan misi kejuruteraan bagi mengurangkan suhu cahaya matahari, kata akademi sains negara. Dan kini, para saintis merancang untuk mendapatkan dana bernilai USD$ 100 juta hingga USD$ 200 juta selama lima tahun untuk mencapai misi ini.
Dana bernilai ratusan juga dolar ini akan digunakan untuk mengkaji dengan lebih dalam mengenai cahaya matahri, risiko berbahaya yang akan mereka hadapi dan bagaimana teknologi tersebut dapat diatur dengan cara yang lebih munasabah, lapor The Guardian.
Kajian yang berlaku di luar harus dibenarkan jika kajian tersebut menawarkan pengetahuan kritis yang tidak dapat diperoleh dengan cara lain. Universiti Harvard berharap mendapat persetujuan segera dari jawatankuasa bebas untuk ujian penerbangan, yang ditentang oleh beberapa kumpulan alam sekitar.
Bagaimanapun, Akademi Sains Nasional (NAS) mengatakan bahawa pengurangan pelepasan bahan bakar fosil tetap menjadi tindakan paling relevan dan penting bagi mengatasi krisis perubahan iklim. Tetapi tindakan yang lambat dan perlahan dari beberapa negara untuk mengatasi perubahan iklim telah membuatkan para ilmuwan menawarkan beberapa pilihan yang unik dan pelik.
“Mengingati betapa pentingnya krisis perubahan iklim, kejuruteraan geo solar perlu dikaji lebih jauh,” kata Prof Marcia McNutt, presiden akademi, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian. McNutt berkata, seperti kemajuan dalam kecerdasan buatan atau kejuruteraan genetik, sains juga perlu melibatkan masyarakat, adakah kita perlu lakukan peredupan solar atau kejuruteraan geo-solar?
Bagi Prof Chris Field dari Standford Universiti, beliau berpendapat bahawa program penyelidikan geoengineering yang akan dijalankan oleh Amerika Syarikat harus membantu orang ramai untuk membuat keputusan yang lebih tepat. “Berdasarkan semua bukti dari ilmu sosial, sains alam, dan teknologi, program penyelidikan ini dapat menunjukkan bahawa geoengineering tidak boleh dipertimbangkan lebih jauh, atau menyimpulkan bahawa ia memerlukan usaha tambahan,” katanya.
Pelaburan awal untuk program penyelidikan kejuruteraan geo-solar ini adalah dalam anggaran USD$ 100-200 juta secara keseluruhan selama lima tahun. Laporan yang dikeluarkan oleh The Guardian mengatakan program ini adalah sebahagian kecil dari dana AS untuk menyelidik dan mengetahui lebih dalam mengenai perubahan iklim.
Sementara itu, Silvia Ribeiro, pengarah kumpulan kempen Amerika Latin ETC, percaya kejuruteraan geo-solar terlalu berisiko dan tidak mempengaruhi perubahan iklim. “Geoengineering adalah proposal teknologi yang sangat berisiko dan tidak adil. Laporan yang meminta lebih banyak penelitian tentang teknologi yang tidak kita inginkan pada dasarnya cacat,” kata Silvia Ribeiro.
Dakwaan Matahari akan terbit dari sebelah barat adalah palsu, lapor NASA. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Dakwaan Matahari Akan Terbit Dari Sebelah Barat Adalah Palsu, Lapor NASA
Misi Ke Marikh Tahun 2024, NASA ‘Benarkan’ Angkasawan Jadi Kanibalisme
‘Rover’ Bersejarah NASA Di Marikh Dikawal Oleh Saintis Ini Di Rumahnya Sahaja