Sebahagian rakyat Singapura sering datang ke Malaysia untuk membeli barang dan mengisi minyak tetapi menjadi perdebatan pula di dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hal ini sekaligus membuatkan seorang warga Singapura langsung untuk menyoal sendiri mengapa mereka tidak boleh menikmati barangan murah di negara ini walhal rakyat Malaysia boleh berbelanja di negara lain tanpa dikecam.

“Guys, ramai org malaysian beli luxury bag kat London sebab murah, semua ok je. Tapi bila we Singaporeans beli barang dapur kat Malaysia sebab murah, kenapa kita kene kecam eh?,” soalnya.

Anda Boleh Beli Beg Mewah Di Luar, Kenapa Kami Beli Barang Dapur Di Malaysia Dikritik? - Netizen Singapura
Sumber Gambar: Expedia.my

Dia mendakwa sangat menyayangi negara Malaysia dan sedia menghormati di antara satu sama lain. Dalam masa berharap pada suatu hari nanti akan mendapat kata sepakat dalam hal ini.

Penulis asal juga menambah bahawa dia hanya memberikan contoh dan tidak membandingkan barangan berjenama dengan barangan runcit, sebelum menyenaraikan lebih banyak contoh orang ramai pergi ke luar negara untuk menikmati barangan yang lebih murah.

Hantaran individu terbabit telah dihujani komentar dari netizen tempatan dan menjawab persoalan yang menjadi sentimen provokasi atau perbalahan pada saban hari.

Ramai melihat ia satu perbandingan yang tidak adil kerana barangan mewah bukanlah mempunyai subsidi sementara barang dan minyak kita pula mempunyai insentif yang sepatutnya hanya rakyat Malaysia sahaja boleh nikmatinya kerana sudah membayar cukai.

Ada yang membangkitkan bagaimana sebahagian warga Singapura yang suka berbangga-bangga dengan mengatakan barangan di Malaysia murah walhal kerana nilai matawang besar dan hanya mampu membeli di Malaysia dan bukan di negara mereka sendiri.

Selain itu, ada warga lokal yang mendapati harga barangan sengaja dinaikkan oleh segelintir peniaga susulan menerima pelanggan dari Singapura sekaligus membebankan rakyat sendiri untuk membuat pembelian.