Seorang wanita dari luar negara baru-baru ini telah memuat naik satu hantaran yang mendakwa rakyat Malaysia telah melukakan perasaan maknya.

Apa yang rakyat Malaysia sudah buat sehingga membuat hantaran sebegitu?

'Anda Sudah Lukakan Perasaan Mak Saya, Warganet Malaysia' - Apa Sudah Jadi?
Sumber Gambar: Threads

Berdasarkan carian kami, pada mulanya hantaran wanita itu memuji akan keberanian Greta Thunberg kerana sedia mencabar sistem, menentang ketidak adilan dan bersikap lantang.

greta
Sumber Gambar: Threads

“Greta Thunberg is punk as fuck” kalau diterjamah secara bulat-bulat tampak seperti memberikan maksud negatif namun realitinya ia membawa maksud yang positif.

Di sini, Greta Thunberg dilihat sangat berani, melawan  arus dan bersikap seperti golongan punk.

Sementara perkataan ‘as fuck’ dalam bahasa Inggeris digunakan secara tidak formal untuk menegaskan maksud sesuatu ayat  – dalam hal ini, untuk menunjukkan bahawa Greta benar-benar mempunyai semangat punk yang kuat.

Jadi secara ringkasnya, kita perlu faham ia bermaksud “Greta memang sangat punk/ betul-betul berani dan melawan sistem”.

Namun, dek kerana bahasa Inggeris bukanlah bahasa pertama kita maka pemahaman sudah jadi negatif lalu mulalah netizen beramai-ramai menyerang wanita itu di profil Threadsnya.

Pelbagai kecaman yang dilontarkan dan yang paling menarik perhatian adalah bagaimana sebahagian netizen Malaysia menggunakan kata kesat yang ikonik di dalam negara iaitu Mak kau hijau.

Jadi, penuhlah komen ‘Your mother is green’ di ruangan balasan komentar.

Respon wanita itu selepas menerima kecaman hebat berbunyi “Memang nampaknya golongan yang bahasa pertamanya bukan Bahasa Inggeris tidak faham bahawa menjadi ‘punk’ adalah suatu perkara yang baik (atau positif).”

Selain itu, dia turut kecewa apabila dituduh sebagai penyokong Isreal walhal dia mendokong Greta yang mana menyuarakan hak kemanusiaan untuk Gaza.

Susulan insiden itu, rakyat Malaysia langsung meminta maaf kepada wanita itu secara berjemaah dan ada yang mahu memberikan makanan dan seumpamanya sebagai tanda permohonan maaf.

Namun, imej negara kita sudah tercalar begitu sahaja dek kerana terlalu mengikut perasaan dan mempunyai literasi pemahaman Bahasa Inggeris yang rendah.