Andre Onana melaungkan amaran dan mengingatkan peminat Man United untuk bersedia dengan musim baharu, kerana taktikal mereka akan lebih intensif dan berani.

Onana sejak menyertai United seringkali terlibat dalam permainan berisiko tinggi. Dan dia memberikan peringatan kepada penyokong bahawa dia akan mengambil risiko lebih besar pada musim baharu ini.

Mereka berpegang kepada prinsip bola sepak risiko yang tinggi, hasil yang lumayan atau high-risk, high-reward football.

Dia berkata: “Inilah yang akan kamu tengok musim ini. Kerana saya akan mengambil risiko lebih banyak. Saya ingatkan kamu siap siap, lebih awal. Persiapkan diri kamu, kerana ianya akan berlaku musim ini, percayalah. Dan saya akan lebih seronok menikmatinya apabila musim bermula.”

Manchester United telah membeli jurulatih penjaga gol Jelle ten Rouwelaar sebagai sebahagian daripada revolusi di bawah Ten Hag. Dia akan membantu penjaga gol bermain lebih berani yang akan menjadi sebahagian penting daripada prinsip bola sepak yang dimahukan Erik Ten Hag.

Inilah sebabnya kenapa Onana sebelum ini dibeli menggantikan David De Gea. Cuma dia musim lalu tidak mendapat jurulatih yang tepat untuk melaksanakan tugasannya. Onana kali ini benar benar bersemangat dan dah tak sabar untuk menunjukkan kepada dunia kehebatan sebenar man United.

Onana menambah: “Pasukan terbaik di dunia akan sedia mengambil risiko. Membina dari bawah, mengenalpasti keadaan dan situasi. Apabila lawan dalam situasi 1 lawan satu atau ketika mereka press dengan tiga atau empat pemain, kami akan menguasai perlawanan dengan pressing sama ada menerusi no.9 atau no.11.

“Bagi saya, penting untuk mengenalpasti perkara perkara seperti ini untuk membuat keputusan terbaik demi pasukan. Dan saya akan mengambil tanggungjawab sangat besar, dan bebanan yang berat dipikul di belakang saya bukan? Saya rasa ianya akan menjadi musim yang hebat.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu musim lalu kerap dikritik kerana tidak konsisten. Namun dia menganggap tekanan itu perkara biasa untuk pemain yang bermain untuk kelab Manchester United.

“Apabila kamu menjadi pemain Manchester United, apabila kamu tak menang, ianya memang patut kamu dikritik, kerana itu sebahagian daripada tugas kamu.

“Kami berada di sini untuk perkara seperti itu dan saya datang ke sini sebagai penjaga gol terbaik dunia. Jadi sangat normal apabila mereka agak berkeras ke atas saya sebab mereka meletakkan harapan tinggi kepada saya, dan kadangkala mereka pun menunjukkan rasa sayang yang tidak terkira kepada saya.

“Kamu hanya perlukan mengimbangi perkara itu. Dan kritikan kadangkala bagus, kerana kamu harus melihat kembali kesilapan kamu. Dan untuk saya, saya akan ambil positif semua itu.”