Penjaga gol utama Manchester United, Andre Onana dikatakan bakal disisihkan pada aksi ke-32 English Premier League (EPL) menentang Newcastle United pada malam ini.

Onana datang ke United sebagai penjaga gol yang berprofil tinggi dengan prestasi cemerlang di Ajax dan Inter, tetapi situasi sama tidak berlaku di Red Devils.

Baca Juga:

Penjaga gol kelahiran Cameroon itu sering kali menjadi mangsa kritikan peminat ekoran prestasi kurang meyakinkannya sewaktu mengawal kubu Manchester United.

Andre Onana
Europa League – Quarter Final – First Leg – Olympique Lyonnais v Manchester United – Groupama Stadium, Lyon, France – April 10, 2025 Manchester United’s Andre Onana celebrates their second goal scored by Manchester United’s Joshua Zirkzee Action Images via Reuters/Andrew Couldridge

Terbaharu, Onana gagal beraksi dengan baik ketka menentang Lyon dengan dua kesilapan selepas bercakap besar mengenai pasukan Perancis itu dan terlibat dalam perang mulut dengan Nemanja Matic.

Menurut sumber laporan Goal, Ruben Amorim memilih untuk menyisihkan penjaga gol berusia 29 tahun itu pada kunjungan ke St. James’ Park.

Apa Yang Menimpa Andre Onana?

United dan Amorim dilaporkan telah memberi sedikit kelonggaran kepada Onana dengan memutuskan untuk memberi penjaga gol itu sedikit masa rehat menjelang perlawanan kedua suku akhir Liga Europa.

Selain itu, Onana juga dikatakan sedang menghadapi trauma selepas isterinya, Melanie Kamayou, telah dirompak apabila seorang pencuri merampas jam tangan Rolex dan beg tangan jenama yang bernilai puluhan ribu paun, di Alderley Edge, Cheshire.

Andre Onana
FILE PHOTO: Soccer Football – Premier League – Manchester United v Leicester City – Old Trafford, Manchester, Britain – November 10, 2024 Manchester United’s Andre Onana Action Images via Reuters/Lee Smith/File Photo

Amorim bimbang dengan situasi yang menjejaskan Onana dan keluarganya dan bersimpati dengan mereka. Oleh itu, beliau memutuskan untuk memberi penjaga golnya sedikit masa rehat untuk menenangkan fikirannya.

Sebelum ini turut dilaporkan bahawa beberapa rakan sepasukan Andre Onana mahu beliau digugurkan berikutan musim yang penuh dengan kesilapan.

Sumber