Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan bahawa menandatangani Cristiano Ronaldo semula, adalah satu kesilapan.

Solskjaer akui Ronaldo pemain yang hebat, namun kehadiran pemain itu membuatkan bilik persalinan Man United yang dibinanya menjadi bergolak.

Ronaldo masih mahu dilayan sebagai bintang utama di dalam pasukannya. Walaupun ketika itu projek Ole Gunnar Solskjaer awalnya sudah pun semakin stabil dengan pemain pemain teras seperti Bruno Fernandes dan Marcus Rashford.

Kemudian Solskjaer agak menyesal kerana dia menandatangani Ronaldo hanya kerana dia dan kelab Man United tidak rela melihat pemain itu ‘menjual’ legasinya di United kepada Man City.

Hal ini kerana Pep Guardiola ketika itu benar benar berminat mahu mendapatkan CR7.

Kemudian Solskjaer tidak sempat untuk menstabilkan semula pasukan dengan adanya Cristiano Ronaldo. Dan dia dipecat beberapa bulan selepas itu.

Solskjaer Akui Menandatangani Semula Cristiano Ronaldo Adalah Satu Kesilapan
Sumber Gambar: RPC;

Bercakap pada satu acara seperti SkySports Solksjaer berkata: “Cristiano, salah seorang pemain terbaik di dunia dalam tempoh 15 tahun yang lalu.

“Saya pernah bermain dengannya, dia bermain untuk pasukan Manchester United saya, dan dia akan meninggalkan Juventus.”

“Tetapi kami tidak boleh memberikannya kepada Manchester City kerana dia akan menjaringkan lebih banyak gol daripada Erling Haaland pada masa ini.

“Jadi saya bercakap dengan Cristiano, dan kami membawanya ke Man United, tetapi saya fikir ia mungkin menjejaskan keseluruhan bilik persalinan, dinamik dalam bilik persalinan.

” Mungkin pemain lain berasa kurang penting kerana, sudah tentu, ini adalah salah satu superstar dunia yang datang.”

“Dia melakukannya dengan baik, dia adalah penjaring terbanyak untuk tahun itu, dia menjaringkan 24 gol atau sesuatu, tetapi saya telah kehilangan pekerjaan 10 minggu kemudian.”