Manchester United akan diuji oleh pasukan yang dibarisi oleh Asean All Stars dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Menurut laporan NST, bekas juara Liga Perdana Inggeris itu akan turun beraksi pada 28 Mei dan Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih sebagai venue perlawanan.

Baca Juga:

Barisan Pemain Asean All Stars

Masih belum ada maklumat rasmi mengenai barisan pemain yang akan membarisi Asean All Stars sama ada akan menggunakan pemain tempatan dari negara anggota atau turut memanggil pemain import.

Melihat kepada prestasi yang ditampilkan oleh pemain Asean musim ini, beberapa pemain dilihat mempunyai peluang untuk dipanggil sekaligus memberikan cabaran terhadap United.

Asean All Stars
Chanathip Songkrasin. Sumber Gambar: Bangkok Post

Dari Thailand, pemain seperti Chanathip Songkrasin, Suphanat Mueanta, Theerathon Bunmathan dan Supachai Jaided antara pemain yang menampilkan prestasi cemerlang bersama BG Pathum United dan Buriram United.

Bagi Malaysia pula, pemain seperti Harith Haiqal, Arif Aiman serta Dion Cools boleh dipanggil bagi mengukuhkan barisan pertahanan dan serangan.

Asean All Stars
Sumber Gambar: JST

Dari Singapura, Shawal Anuar, Irfan Fandi, Ikhsan Fandi mempunyai kualiti dan potensi untuk membarisi skuad All Stars bagi aksi menentang skuad kendalian Ruben Amorim itu.

Negara yang sedang bermimpi untuk ke Piala Dunia 2026 iaitu Indonesia boleh diwakili oleh pemain seperti Egy Maulana Vikri, Rafael Struick dan Rizky Ridho manakala Vietnam boleh menghantar penyerangu mereka iaitu Nguyễn Tiến Linh, Đỗ Duy Mạnh dan Nguyễn Hoàng Đức.

Satu lagi negara iaitu Filipina boleh menghantar wakil penjaga gol mereka yang pernah beraksi saingan di Liga Perdana Inggeris iaitu Neil Etheridge, pemain Terengganu, Mannuel Ott dan Gerrit Holtmann.

Sekiranya mahu menggunakan tenaga import, beberapa pemain boleh dipertimbangkan selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam saingan liga masing-masing.

Antara pemain yang boleh dipanggil ialah Bergson, Álvaro González  dan Eddy Israfilov (JDT), Alvin Fortes (Selangor), Tomoyuki Doi (Geylang International), Guilherme Bissoli (Buriram United), Nick Kuipers (Persib Bandung),  dan Bailey Colin Wright (Lion City Sailors).