Bekas pembantu jurulatih Kuala Lumpur City, Emanuel Ferro menyertai Manchester United dimana beliau menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan di bawah Ruben Amorim.

Ruben telah memulakan tugas sebagai pengendali baharu United dan beliau membawa staf kejurulatihan sendiri untuk menguruskan Red Devils musim ini.

Baca Juga:

Ferro pernah bersama KL City selama satu musim pada 2015 dan beliau akan meneruskan tugas sebagai pembantu kepada Amorim seperti sebelum ini ketika di Sporting.

Emanuel bukan jurulatih pertama yang menyertai United dimana sebelum ini Ricardo Formosinho yang merupakan pengendali Kuala Lumpur pada 2014 turut menjadi sebahagian daripada skuad Man United pada 2016 ketika bersama Jose Mourinho selaku pengurus.

Amorim sudah berjumpa dengan beberapa pemain Manchester United dan beliau perlu menunggu untuk berjumpa dengan pemain lain ekoran tugasan antarabangsa.

Amorim menegaskan bahawa dia lebih gemar dengan sistem yang berbeza daripada Ten Hag, yang kerap menggunakan formasi double pivot 4-2-3-1 menjelang penghujung masanya di Old Trafford.

Penggantinya sementara itu diketahui lebih gemar menggunakan formasi 3-4-3, dengan perubahan bentuk dan struktur, sekaligus pemain yang sebelum ini sentiasa berada dalam kesebelasan utama berdepan dengan kemungkinan duduk di bangku simpanan.

Bekas penolong pengurus ten Hah iaitu Ruud Van Nistelrooy yang menguruskan pasukan buat semenyata waktu telah meninggalkan kelab itu bagi memberi laluan kepada Amorim.

Rene Hake, pembangu Ten Hag yang lain, jurulatih penjaga gol Jelle ten Rouwelaar dan penganalisis prestasi Pieter Morel juga meninggalkan untuk memberi laluan kepada pasukan Amorim.

Kenyataan kelab: ‘Manchester United boleh mengesahkan bahawa Ruud van Nistelrooy telah meninggalkan kelab.

‘Ruud adalah, dan akan sentiasa, seorang legenda Manchester United. Kami berterima kasih atas sumbangannya dan cara dia mendekati peranannya sepanjang bersama kelab. Dia akan sentiasa dialu-alukan di Old Trafford,” kata kelab itu.