Manchester United secara rasminya telah mengumumkan kehadiran Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu buat skuad The Red Devils.
Perkembangan terkini mengenai kehadiran pengendali kelahiran Portugal itu disahkan Manchester United menerusi pengumuman rasmi di laman sesawang kelab tangga ke-14 English Premier League (EPL) tersebut.
Baca Juga:
- Manchester United Perlu Bayar RM70 Juta Dapatkan Ruben Amorim
- Ruben Amorim Nyatakan Persetujuan Jadi Pengganti Klopp
- 5 Calon Berpotensi Jadi Pengurus Baharu Manchester United
Amorim dan Manchester United telah memeterai kontrak sehingga Jun 2027 dengan pilihan tambahan semusim sekiranya beliau melepasi syarat ditetapkan kelab.
Difahamkan, beliau akan mula bersama pasukan pada 11 November. Ini bermakna Ruud Van Nistelrooy akan bertindak selaku pengendali sementara untuk perlawanan menentang Chelsea, PAOK dan Leicester City.
Perlawanan pertama yang bakal dikendalikan oleh Amorim adalah aksi EPL bertemu Ipswich Town pada 25 November di Portman Road.
Ruben Amorim menjadi pilihan pengurusan tertinggi kelab selepas Erik Ten Hag dilihat berdepan kesukaran pada permulaan musim baharu apabila United hanya mampu mencatatkan tiga kemenangan, dua keputusan seri dan empat kekalahan.
Berusia 39 tahun, beliau yang merupakan pemain skuad kebangsaan Portugal pernah membimbig skuad utama Sporting Braga dan Sporting CP.
Sebagai pengurus, beliau berjaya membantu Sporting CP menjuarai Primeira Liga 2020/21 dan 2023/24