Boleh dikatakan sejumlah pengguna meluahkan rasa geram terhadap platform Twitter kerana mengehadkan fungsi dengan langganan berbayar. Hal ini sekaligus mendorong orang ramai untuk menggunakan platform baharu yang dikenali sebagai Threads.

Menerusi laporan terkini, pihak Cloudflare berkongsi menyatakan trafik ke Twitter dilihat berkurangan dari hari ke hari. Dalam masa yang sama, SimilarWeb turut mengatakan benda yang sama dalam perkembangan pengguna.

Baca Juga:

Malah, trafik jatuh 5% pada minggu pelancaran Threads. Jika nak dibandingkan antara tahun, ia jatuh sehingga 11% pada minggu lepas.

Kesetiaan pengguna dalam menggunakan Twitter juga dikatakan berkurangan berbanding sebelum-sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pihak Twitter akan mengatasi perkara ini serta menarik kembali pengguna ke platform mereka.

Kali terakhir,  dikatakan Twitter mempunyai sekitar 238 juta pengguna aktif harian sahaja.

Sementara platform Threads pula dilihat mempunyai pertumbuhan positif di mana jumlah pengguna sudah mencecah 100 juta dalam masa 4 hari sahaja. Peralihan pengguna Twitter secara besar-besaran ini sepatutnya menjadi peringatan buat Elon Musk untuk bertindak segera agar tidak ketinggalan.