Seorang wanita Malaysia mendakwa refund e-dompet RM10.44 telah memusnahkan kehidupannya, didakwa menyebabkan dia tidak dapat menggunakan bank atau mendapatkan pinjaman.
Menerusi TikTok miliknya, Michelle Law berkata dia menggunakan e-wallet semasa berkunjung ke Thailand pada 2024 untuk memanfaatkan kadar pertukaran yang lebih baik.
Baca Juga:
- Fenomena 2 Juta Rakyat Malaysia Ke Thailand Buat Ekonomi Jiran Makin Baik
- Ini Cara ‘Claim’ Cukai VAT Jika Anda Travel Ke Thailand
- Malaysia Atasi Thailand Sebagai Peneraju Pelancongan Asean
Akaunnya didakwa dibekukan kerana disyaki sebagai telah digodam. Walaupun memberikan dokumen yang diminta, dia mendakwa syarikat itu tidak memberi maklum balas.
@michelle.6.3.1 Satu kesilapan RM10, BigPay musnahkan seluruh hidup saya. Saya bukan penjenayah. Saya tak menipu, tak buat money laundering. Saya cuma orang biasa yang hidup dengan jujur dan kerja keras setiap hari. Tapi sejak insiden itu, saya rasa macam seluruh dunia “membuang” saya. Saya guna BigPay di Thailand untuk buat bayaran. Lepas tu akaun saya dikunci atas alasan “disyaki disalahguna”. Saya segera beri semua dokumen & bukti untuk siasatan — tapi tak ada balasan langsung. Beberapa bulan kemudian, saya terima berita daripada bank: Saya dilabel sebagai ‘mule’ Akaun simpanan saya akan ditutup Saya tak layak untuk mohon kad kredit, pinjaman, atau beli rumah Padahal saya tak buat apa-apa salah. Akhirnya BigPay akui memang mereka tersilap refund RM10.44, dan itu menyebabkan sistem salah faham. Mereka cuma kata label sudah dibuang, tapi tak ada surat rasmi, tak ada permohonan maaf. Bank pula cuma balas: “Ini polisi kami.” Saya dah hantar email, pergi ke pelbagai jabatan, cari semua bukti… Tapi jawapan mereka tetap sama: “Kami tak boleh bantu.” Saya tak boleh tidur malam, sentiasa gelisah dan jantung berdebar. Akhirnya doktor sahkan saya kena masalah tiroid — saya perlu makan ubat sekarang。 Adakah sebab saya tiada duit, tiada kuasa, tiada ‘cable’, maka saya layak dipijak macam ni? Sebab saya bukan orang ‘penting’, saya terpaksa telan semua kesilapan dan tuduhan yang bukan salah saya? Saya tiada pengaruh, bukan selebriti, bukan anak orang kaya。 Saya cuma nak satu perkara:surat rasmi yang sahkan saya bersih,nak keadilan dan hak untuk hidup dengan bermaruah。 Itu pun terlalu susahkah? Kalau anda baca sampai sini, saya mohon tolong kongsi posting ini。 Mungkin anda kenal peguam, media atau sesiapa yang boleh bantu saya. Terima kasih. — BigPayZalim RM10HancurkanHidupSaya UndangUndangMalaysia DiharamkanBank SayaBukanScammer SayaBukanMule SistemTakAdil PenggunaTertindas MangsaBigPay SenaraiHitamCTOS NasibOrangBiasa KewanganTakAdil AduanBank PermohonanDitolak TekananMental TiadaKabelTiadaHak MangsaSistem KesBenarMalaysia TolongBerikanKeadilan RakyatPerluSuara TiadaKuasaTiadaPilihan DimanaKeadilan BigPayMalaysia
Akaun Bank Wanita Itu Dibekukan
Beberapa bulan kemudian, dia berkata dua bank menelefon untuk menutup semua akaunnya dan melabelnya sebagai mule – seseorang yang membantu memindahkan wang tidak sah.
Beberapa bulan kemudian, dia berkata dua bank menelefon untuk menutup semua akaunnya dan melabelnya sebagai “keldai” – seseorang yang membantu memindahkan wang kotor.
Beberapa bulan kemudian, dia berkata dua bank menelefon untuk menutup semua akaunnya dan melabelnya sebagai “keldai” – seseorang yang membantu memindahkan wang kotor.
“Padahal saya tak buat apa-apa salah. Akhirnya mereka akui memang mereka tersilap refund RM10.44, dan itu menyebabkan sistem salah faham.
“Mereka cuma kata label sudah dibuang, tapi tak ada surat rasmi, tak ada permohonan maaf,” tulisnya.
Selepas kisahnya tersebar di media sosial, wanita itu berkata syarikat e-dompet menghubunginya sekali lagi, berjanji untuk menyelesaikan situasi itu dengan betul.