Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berikrar untuk melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas serta langkah-langkah lebih drastik susulan kemalangan maut yang melibatkan 15 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), lapor New Straits Times.

Pada masa sama kerajaan kini sedang merangka dasar yang merangkumi kewajipan penggunaan speed limiter (pengehad kelajuan) bagi kenderaan berat.

Baca Juga:

Ia sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.

Anthony Loke tegaskan Kerajaan pentingkan keselamatan pengguna jalan raya
UPSI
Sumber Gambar: Sinar Harian

Menurutnya, beliau berkata dasar tersebut sedang dikaji secara menyeluruh bagi memastikan tiada kelompongan atau peluang untuk disalahguna apabila ia dilaksanakan kelak.

“Kerajaan tidak akan berkompromi dalam memperkukuh langkah keselamatan jalan raya.

“Kami komited untuk melindungi pengguna jalan raya, khususnya daripada risiko yang dibawa oleh pemandu cuai dan kenderaan berat yang gagal mematuhi piawaian keselamatan,” kata Anthony Loke dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali bas terlibat.

UPSI
Sumber Gambar: Sinar Harian

Pada masa sama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) ke atas bas serta syarikat terbabit mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715).

Terdahulu, sebuah bas sewa khas yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak terbalik selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Lebuhraya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 individu cedera, termasuk pemandu dan pembantu bas, serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza yang terlibat dalam kejadian tersebut.