Menteri Pengangkutan Anthony Loke sekali lagi membuat lawatan mengejut untuk melihat sendiri tahap perkhidmatan KTM Komuter dan keadaan di hab pengangkutan awam utama bandar itu, Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
“Petang ini, saya meninjau perkhidmatan KTM Komuter dan keadaan di Terminal Bersepadu Selatan. Saya mengambil tren Komuter dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan bersama 2 pembantu saya.
Baca Juga:
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
“Saya menerima banyak maklum balas dari media sosial berkenaan perkhidmatan Komuter dan masalah mencetak Pas Masuk Bas di TBS.
“Saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan KTMB dalam masa terdekat untuk membincangkan cara untuk menambahbaik dan menambah kekerapan perkhidmatan Komuter.
“Saya faham bahawa KTMB menghadapi pelbagai kekangan operasi yang disebabkan oleh projek menaiktaraf landasan KVDT1 yang masih belum siap dan KVDT2 yang tergendala,” katanya dalam satu tulisan di Facebook.
Loke menambah bahawa beliau juga akan bertemu dengan pengurusan TBS untuk membincangkan persediaan untuk menguruskan penumpang dan orang ramai pada hujung minggu dan musim perayaan.