Pada dua minggu lalu Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke telah mengumumkan tiga buah syarikat yang dilantik sebagai penyedia Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) baharu bagi fasa pertama.

Bagaimanapun pelantikan itu menjadi pertikaian warganet selepas didapati ada syarikat yang baru sahaja 8 bulan beroperasi.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada hari ini, Anthony Loke tampil menjelaskan sebab syarikat tersebut dilantik.

Menurutnya, syarikat tersebut keupayaan modal yang mencukupi untuk melengkapkan keperluan infrastruktur berdasarkan kriteria ditetapkan, petik Sinar Harian.

'Bukan Syarikat RM2, Tapi Ada Modal RM20 Juta' – Anthony Loke Terangkan Sebab Syarikat 8 Bulan Dilantik
Sumber Gambar: Sinar Harian

Oleh sebab itu tidak timbul isu, meskipun syarikat-syarikat berkenaan baru ditubuhkan untuk permohonan operasi perkhidmatan tersebut selagi pihak terlibat memenuhi syarat sebelum diberikan lesen operasi.

“Syarikat yang dikatakan lapan bulan ini, dia ada perniagaan lain, bukan syarikat baharu. Bukan syarikat RM2 tapi syarikat yang ada modal RM20 juta, ada modal yang cukup.

“Syarikat ini juga milik penuh bumiputera. Ketiga-tiga pengarah bumiputera, jadi kita kena ada kena yakinanlah kepada syarikat-syarikat ini,” tegas Anthony Loke.

Anthony Loke jelaskan ketiga-tiga syarikat penuhi syarat

Tambah beliau lagi, antara syarat utama perlu dipenuhi oleh syarikat yang menyertai proses tawaran adalah memiliki modal berbayar sekurang-kurangnya RM10 juta sepanjang tempoh perkhidmatan dan mempunyai modal pusingan minimum RM5 juta setahun.

Syarikat juga perlu berdaftar dan berlesen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) serta imiliki sepenuhnya oleh syarikat tempatan dalam kategori Sendirian Berhad (Sdn Bhd) atau Berhad (Bhd).

'Bukan Syarikat RM2, Tapi Ada Modal RM20 Juta' – Anthony Loke Terangkan Sebab Syarikat 8 Bulan Dilantik
Sumber Gambar: Facebook Anthony Loke

“Syarikat juga perlu memiliki sijil perakuan pematuhan standard daripada Jabatan Standard Malaysia dalam tempoh dua tahun dari tarikh tawaran dan menyediakan wang deposit atau bon minimum lima peratus daripada nilai modal pusingan.

“Selain itu, syarikat juga perlu memperoleh Sijil Kemudahan Yang Diluluskan (KYDL) daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum pelesenan serta berdaftar sebagai ahli International Motor Vehicle Committee (CITA) dalam tempoh dua tahun daripada tarikh pelesenan,” jelasnya lagi.

Sumber