Antonio Rudiger berdepan hukuman berat kerana kesalahan menyerang pengadil deengan tindakan ganas dan secara verbal.

Dalam aksi el clasico di final Copa Del Rey, Antonio Rudiger membaling ais ke arah pengadil selepas kecewa dengan kekalahan pasukannya.

Antonio Rudiger, pemain pertahanan Real Madrid, mungkin menghadapi tindakan disiplin berat kerana tindakannya itu.

Insiden itu berlaku sejurus selepas wisel penamat ditiup. Rakaman video menunjukkan Rüdiger kelihatan melemparkan ais sambil berang terhadap keputusan pengadil.

Pihak berkuasa bola sepak Sepanyol sedang menyiasat perkara itu, dan jika didapati bersalah, Rudiger boleh dikenakan penggantungan beberapa perlawanan atau denda berat.

Real Madrid belum mengeluarkan kenyataan rasmi, tetapi sumber dalaman mengatakan kelab itu bimbang insiden ini akan mencalarkan reputasi mereka.

Lebih lebih lagi sebelum perlawana Real Madrid TV telah mengeluarkan kenyataan mengecam pemilihan pengadil.

Rudiger sebelum ini terkenal dengan semangat juangnya, tetapi tindakannya kali ini mungkin dianggap keterlaluan.

Dia turut mengeluarkan kata kata kesat ke arah pengadil dengan berkata: “Kamu akan keguguran,” dan juga “Kamu anak haram.”

Menurut laporan Metro, staf kejurulatihan dan pemain Real Madrid di bangku simpanan jelas terkejut dengan tindakan Rudiger. Dan mereka segera menghentikannya daripada berterusan bertindak melampau.

Antonio Rudiger boleh digantung sehingga 12 perlawanan

Rudiger kini berdepan hukuman berat termasuk hukuman penggantungan sehingga 12 perlawanan jika didapati bersalah.

Ia akan menjadi tamparan hebat buat Real Madrid kerana Rudiger menjadi pemain pertahanan penting mereka.

Dalam perkembangan lain, Lamine Yamal menyindir Real Madrid sebagai buntu dan tak mampu menandingi kehebatan Barcelona musim ini.

Ini selepas Real Madrid sekalim lagi tewas di  tangan Barcelona.

“Real Madrid tak mampu menandingi kami tahun ini, dan kami sudah buktikannya,” tegas Lamine Yamal.

lamine yamal perlekeh real madrid

Dia juga akui sudah memberitahu rakannya bahawa dia tidak risau kalau Real Madrid mendahului 2 gol sekalipun, dia tetap yakin akan dapat menewaskan Real Madrid.