Antony dapat kad merah yang membuatkan dia terlepas aksi menentang Real Madrid selepas ini.

Pemain yang dipinjam oleh Betis dari Manchester United, Antony dilayangkan kad merah terus semasa Real Betis menang 2-1 ke atas Getafe pada hari Ahad.

real betis

Antony dihukum pada masa kecederaan kerana menerjah keras pergelangan kaki pemain pertahanan Getafe, Juan Iglesias ketika menjatuhkannya.

Kesannya, Antony dapat kad merah dalam perlawanan ini.

Impak sebelum Antony dapat kad merah

Sebelum dibuang padang, Antony sudah pun memberikan impak dalam perlawanan tersebut. Dia menunjukkan kreativiti dan kelincahannya berdepan dengan pertahanan Getafe.

Terutama sekali hantaran cantiknya telah menjadi assist kepada Isco untuk gol pertama pasukannya pada minit ke-18.

Itu merupakan sumbangan gol kelimanya untuk Betis sejak menyertai pasukan yang berpangkalan di Seville itu secara pinjaman sehingga akhir musim.

Pemain antarabangsa Brazil itu telah menikmati kehidupan baharu di Betis dan bercakap tentang “menemui dirinya semula” di LaLiga.

Dia bercerita tentang dia kembali bermotivasi dan kembali menikmati bola sepak.

Dia kembali tersenyum gembira, dan itu membuatkan dia benar benar dalam prestasi yang hebat.

Antony Dedahkan Sebab Di Sebalik Aksi Cemerlang Bersama Real Betis

Antony dapat kad merah lewat masa kecederaan

Ketika pasukannya sedang mendahului 2-1, pada masa kecederaan, Antony dibuang padang.

Kehilangan Antony pasti akan menjadi tamparan hebat buat Real Betis. Ini kerana pemain itu benar benar dalam prestasi terbaiknya pada ketika ini.

Malah peminat segera menggelar, versi Antony di Betis ini yang didambakan peminat United selama ini.

Real Betis masih berusaha untuk menempatkan diri mereka dalam slot Eropah musim hadapan.

Sementara Real Madrid pula sedang terikat dengan Barcelona dalam pungutan mata untuk bersaing merebut kejuaraan La Liga.

UCL
Kredit Foto: REUTERS/Susana Vera

Real Madrid ada misi untuk mempertahankan kejuaraan liga mereka musim ini.