Antony menolak untuk menyertai Real Betis pada lewat jendela perpindahan semalam.

Penggempur Man United itu masih tidak ada jaminan dalam tempat kesebelasan utama Man United di bawah Erik Ten Hag musim ini.

Real Betis dilaporkan cuba meminjam pemain itu untuk semusim. Namun tidak ada obligasi untuk membeli tetap.

Man United menyerahkan kepada Antony sama ada dia mahu pergi ke sana atau tidak. Pemain kebangsaan Brazil itu mahu terus kekal dan merebut tempat dalam skuad Man United.

Pada pra musim lalu, Erik Ten Hag akui Antony tertekan dengan isu peribadi dan yakin pemain itu akan bangkit musim ini.

Antony dibeli dengan nilai €100 juta dari Ajax beberapa musim lalu. Sejak tiba di United dia masih gagal menunjukkan prestasi sesuai harganya.

Musim sebelum ini dia dibelenggu masalah di luar padang melibatkan kes polis kerana kekerasan terhadap wanita. Namun dia kekal menafikan semua pertuduhan ke atasnya.

Dakwaan itu membawa kepada siasatan ke atas Antony yang terpaksa meninggalkan kem pasukan Brazil dan sehingga sekarang dia masih tidak dipanggil.

Man United sangat aktif dalam jendela perpindahan kali ini. Mereka turut melepaskan Jadon Sancho secara pinjaman ke Chelsea.

Sebelum itu mereka menjual Scott McTominay ke Napoli. Ini kerana Ten Hag tidak dapat memberikan jaminan minit permainan untuknya. Walaupun Ten Hag akui dia mahukan pemain itu kekal sebagai pemain sandaran pasukan.