Sukan e-sukan bakal melakar satu lagi detik bersejarah apabila buat pertama kalinya Anugerah E-sukan Malaysia akan dianjurkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 Januari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Acara yang dianjurkan oleh Alive Asia Events Sdn Bhd ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Malaysian E-sports Federation (MESF) dan Esports Integrated (ESI) ini bertujuan untuk memberi penghormatan kepada penyumbang serta bintang dalam industri E-sukan yang sedang berkembang pesat di Malaysia.

Ia bukan sekadar majlis penganugerahan, tetapi adalah satu acara yang untuk mengumpulkan peminat-peminat industri e-sukan dari seluruh Malaysia dan pihak penganjur menjanjikan satu malam yang tidak akan dapat dilupakan oleh mereka yang terlibat.

Anugerah ini dilihat sebagai satu cerminan pencapaian dalam landskap E-sukan negara dan bertujuan untuk menyerlahkan semangat dinamik di kalangan komuniti E-sukan Malaysia.

Proses pengadilan berpaksikan integriti dan ketelusan


Setiap calon akan diadili dari segi pengalaman dan kepakaran oleh barisan juri terdiri daripada kalangan individu daripada agensi kerajaan, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan beberapa pihak berkepentingan.

Melalui pendekatan yang teliti ini, anugerah ini menjanjikan pengiktirafan terhadap pelopor sebenar dalam persada E-sukan Malaysia melalui penganugerahan yang bermerit dan sumbangan yang cemerlang dalam industri yang bakal diraikan.

Persediaan bagi menjayakan acara ini sedang giat berlangsung dan butiran lanjut boleh didapati di laman web rasmi di sini dan platform media sosial berikut:

Facebook
Instagram
TikTok
YouTube

Sertai perbualan dengan menggunakan tanda pagar rasmi #MalaysiaEsportAwards #MYEsportsAwards #AnugerahEsukanMalaysia dan #PixelsToPodium dan ayuh, jangan terlepas menjadi salah seorang penonton bagi anugerah hebat ini!