Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan pimpinan Kerajaan Perpaduan yang dapat mempertahankan dan menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa, lapor Buletin TV3.

Beliau berkata, ikhtiar itu antara tekad yang dipegang sepanjang setahun pentabiran Kerajaan Perpaduan dan akan diteruskan sepanjang masa.

Baca Juga:

“Sepanjang setahun, kita pantau melalui SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), saya bangga kerana keputusan kita, ikut proses tatakelola, ikut tender, bagi amaran yang keras, pimpinan tidak boleh guna kuasa untuk kayakan diri dan keluarga.

“Alhamdulillah, seminggu lalu, ditanya laporan SPRM, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) serta polis, pimpinan kita dapat pertahan supaya menghentikan amalan salah guna kuasa dan rasuah,” katanya ketika menyampaikan amanat sempena Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan MADANI di sini, semalam.

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan, masalah membabitkan rasuah di negara ini belum dihapuskan sepenuhnya dan masih berlaku.

Menurut beliau, masalah itu belum selesai sepenuhnya kerana terdapat kecurangan masih berlaku dan harus digempur dengan segala kekuatan yang ada.

Sumber