Infineon Technologies AG (Infineon) mengumumkan rancangan syarikat untuk membina kilang di Kulim, Kedah bagi mengeluarkan 200mm Power Fab SiC (silicon carbide) terbesar di dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Infineon akan membuat pelaburan tambahan sebanyak €5 bilion (~RM25 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang dalam fasa kedua pembinaan modul 3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya mengalu-alukan pengumuman pelaburan daripada Infineon yang membuktikan kepercayaan mereka terhadap Malaysia.

“Pengumuman ini adalah lanjutan daripada perbincangan saya dengan pihak syarikat iaitu Ketua Pegawai Operasi, Dr. Rutger Wijburg, pada 24 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau juga berkata sejak lima dekad lalu, Infineon menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab penting dalam pembuatan fabrikasi wafer di Kulim dan melaksanakan aktiviti pembungkusan semikonduktor cip di Batu Berendam, Melaka.

Jelasnya lagi, keyakinan berterusan Infineon terhadap ekosistem pelaburan Malaysia mencerminkan kedudukan Malaysia yang penting dalam rantaian bekalan semikonduktor global.

Untuk makluman, Infineon merupakan antara syarikat pengeluar semikonduktor terbesar di dunia. Malah, syarikat ini sudah beroperasi di Malaysia selama 50 tahun sejak 1973 lagi.

Sumber