Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim masuk dalam senarai pemimpin terkaya di dunia bersama-sama dengan pemimpin dunia yang lain.

Dalam dunia politik, kekayaan pemimpin sering kali menjadi perbincangan masyarakat umum.

Walaupun pemimpin seperti Nicolás Maduro di Venezuela memimpin negara dengan ekonomi goyah, beliau tetap mampu menikmati kemewahan yang jauh di luar kemampuan rakyat biasa.

Selain itu, pemimpin negara bergolak seperti Ukraine dan Syria yang sedang dilanda perang turut mendapat tempat dalam senarai pemimpin dunia yang kaya.

Berikut adalah senarai pemimpin negara terkaya di dunia dikeluarkan oleh Love Money:

  1. Russia: Vladimir Putin – $200 bilion
  2. North Korea: Kim Jong-un – $5 bilion
  3. China: Xi Jinping – $1.5 bilion
  4. Syria: Bashar al-Assad – $1.5 bilion
  5. Equatorial Guinea: Teodoro Obiang Nguema Mbasogo – $600 juta
  6. Azerbaijan: Ilham Aliyev – $500 juta
  7. Türkiye: Recep Tayyip Erdoğan – $500 juta
  8. Rwanda: Paul Kagame – $500 juta
  9. South Africa: Cyril Ramaphosa – $450 juta
  10. Kenya: William Ruto – $400 juta
  11. France: Emmanuel Macron – $31.5 juta
  12. Ukraine: Volodymyr Zelensky – $20 juta
  13. USA: Joe Biden – $10 juta
  14. Canada: Justin Trudeau –  $5 juta
  15. Singapore: Lawrence Wong – $5 juta
  16. The Philippines: Bongbong Marcos – $3.6 juta
  17. Malaysia: Anwar Ibrahim – $2.4 juta
  18. Venezuela: Nicolás Maduro – $2 juta

Menurut laporan tersebut, Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim berada di tempat ke-17 dengan kekayaan sehingga $2.4 juta (RM11.3 juta).

Perdana Menteri sudah isytihar harta sejak 2022 lagi

Semasa kempen pilihan rayanya, beliau berikrar untuk tidak mengambil gaji perdana menteri kira-kira $5,000 (RM22,000) sebulan.

Anwar mengisytiharkan harta $2.4 juta (RM11.3 juta) sebagai aset pada November 2022, dengan harapan untuk memaksa calon pembangkang melakukan perkara yang sama menjelang pilihan raya.

“Tunai dan pelaburan menyumbang hampir $180,000 dalam aset Anwar, dengan majoriti, $2.2 juta, terdiri daripada sebuah rumah dan tiga bidang tanah,” kata laporan tersebut.

Selain Anwar, antara pemimpin ASEAN lain yang masuk dalam senarai pemimpin terkaya di dunia adalah Presiden Filipina Bongbong Marcos dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.