Mangsa terjejas kerana kebakaran gas akan menerima bantuan kecemasan sekitar RM2,500 sehingga RM5,000, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim umum bantuan

Anwar menambah, kerajaan dan PETRONAS akan menyalurkan bantuan itu serta merta kepada mangsa.

Anwar berkata: “Untuk langkah segera, dalam satu atau dua hari ini, PETRONAS  atau kalau perlu, kerajaan persekutuan akan melihat keperluan untuk menambah lagi bantuan.

“Bagi rumah yang rosak sepenuhnya, mangsa akan diberikan RM5,000 pada kadar segera. Ini untuk membolehkan mereka berbelanja untuk keperluan.

“Sementara yang terjejas separuh itu, mereka akan diberikan bantuan RM2,500,” tambah PMX.

“Insya-Allah ia akan disalurkan sesegera mungkin. Bantuan jangka panjang, termasuk pemulihan kawasan perumahan dan kebajikan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) sedang dibincangkan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Petronas,” kata Anwar lagi.

Sebelum itu Anwar berkata di Facebook miliknya: “Mendoakan urusan semua para petugas di Putra Heights dipermudahkan.

mangsa kebakaran

“Saya juga meminta Kerajaan Negeri serta agensi terlibat beri bantuan sewajarnya kepada mangsa yang dipindahkan.”

Menurut laporan mStar, setakat jam 3.40 petang terdapat kira kira 109 rumah, 148 kereta dan 11 buah motosikal rosak kerana kebakaran itu.

Untuk rumah yang rosak, Anwar mendedahkan bahawa  PETRONAS dan kerajaan akan mengusahakan kerja kerja memperbaiki, ganti, atau baik pulih kawasan yang terjejas.

“Itu jangan bimbang, cuma ia mengmbil masa sahaja,” tambah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada awal pagi ini satu kebakaran berlaku di Putra Heights, Puchong. Menurut PETRONAS, siasatan awal mendapati punca kebakaran adalah kebocoran paip gas bawah tanah.

Kebakaran berjaya dipadamkan pada 3.45 petang.

Anwar Ibrahim Umum Bantuan RM2,500 Sehingga RM5,000 Kepada Mangsa Terjejas Kebakaran Di Putra Heights