Pada hari semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri pembentangan pembangunan Kota MADANI yang mempunyai keluasan sebesar 102 ekar.

Menurutnya, kota baharu yang bakal dibina di Putrajaya itu menekankan kemudahan asas yang menyeluruh dan berpusat untuk kebajikan rakyat Malaysia.

Ada apa dalam Kota MADANI?
Berkeluasan 102 Ekar, Apa Ada Dalam Kota MADANI Untuk Rakyat Malaysia?
Sumber Gambar: Afiq Hambali via Facebook Anwar Ibrahim

Menerusi pembentangan konsep Kota MADANI itu, dalam Fasa Pertama nanti sebanyak 3,000 unit kediaman dan sebuah sekolah menegak dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung tahun 2027.

Terdapat 10,000 unit kuarters kediaman dibina secara vertikal berintensiti tinggi untuk didiami lebih 30,000 penduduk. Reka bentuk kediaman itu diintegrasi dengan teknologi kecerdasan buatan, prasarana digital berkecekapan tinggi dan sistem mobiliti hijau.

Selain itu, di dalam Kota MADANI turut bakal memiliki institusi TVET, institusi kewangan, serta pelbagai kemudahan awam seperti klinik kesihatan, balai bomba dan balai polis yang berdekatan kawasan perumahan.

Berkeluasan 102 Ekar, Apa Ada Dalam Kota MADANI Untuk Rakyat Malaysia?
Sumber Gambar: Afiq Hambali via Facebook Anwar Ibrahim

Memetik perkongsian Perdana Menteri lagi, terdapat masjid yang akan dibina menampilkan unsur budaya tempatan akan dibuka kepada orang ramai.

Pada masa sama, sekolah menegak juga akan dibina menggunakan konsep sama seperti masjid tersebut.

Berkeluasan 102 Ekar, Apa Ada Dalam Kota MADANI Untuk Rakyat Malaysia?
Sumber Gambar: Afiq Hambali via Facebook Anwar Ibrahim

“Semoga segala perancangan ini berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi manfaat bersama,” kata Perdana Menteri.

“Terima kasih YAB Perdana Menteri atas keyakinan dan pandangan bernas dalam memperhalusi hala tuju strategik Kota MADANI sebagai pencetus pembaharuan ruang bandar yang lebih manusiawi serta progresif,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa.

Sementara itu Dr.Zaliha berkongsi Majlis Pecah Tanah dijadualkan berlangsung pada 26 Jun 2025 ini.