Dengan kedatangan musim durian pada kali ini, orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya walau di mana jua.

Jadi, satu perkara biasa untuk kita menikmati setiap ulas  durian dengan tangan kerana dapat merasai teksturnya yang lembut dan ada yang sehingga menjilat jari dek kerana kesedapan yang tidak terkata.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Baru-baru ini, bintang rock tanah air, Awie telah mencuri perhatian ramai apabila tular videonya yang memakan isu raja buah itu dengan sudu seperti pelancong luar negara pula.

Di dalam video itu, Awie kelihatan bersahaja mengambil seulas isi durian dengan sudu untuk dimakan. Namun, selepas ditegur oleh rakannya iaitu Roy Azman, dia terus tersipu malu dan cuba mengelak daripada dirakam.

“Malu orang tengok…jangan cerita dengan orang weii,” luahnya dengan berseloroh kepada rakan-rakan lain yang ada di tempat kejadian berkenaan.

@thisisroyazman

1st time tengok camni wooo haha 🤣 #wmgs #wmgsasean #wmgskl @awiealpamalo

♬ bunyi asal – Roy Azman – Roy Azman

Perkongsian video tersebut di platform TikTok ternyata berjaya meraih perhatian netizen yang mana turut geli hati dan sempat membahan figura terkenal itu kerana memakan isi durian bersama sudu.

durian
Sumber Gambar: TikTok
durian
Sumber Gambar: TikTok

Video itu telah memperlihatkan sebanyak 2.2 juta jumlah tontonan dengan 152.1K tanda suka serta dihujani sejumlah komentar daripada peminatnya.