Penyanyi rock legenda, Awie menyokong tindakan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang akan meneruskan konsert solo pada 9 Mac ini.

Sebelum ini mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd menyarankan agar Siti Nurhaliza menangguhkan dahulu konsertnya yang dianggap terlalu hampir dengan 1 Ramadan.

Baca Juga:

Siti Nurhaliza sudah menjelaskan bahawa konsert memang dirancang lebih awal tariknya, namun tiada slot kosong untuk menggunakan Arena Axiata.

Siti Nurhaliza Tetap Teruskan Konsert Walaupun Mufti Pulau Pinang Sarankan Ia Ditunda

Kemudian Siti Nurhaliza menerusi Yayasan Nurjiwa menyatakan penangguhan konsert akan memberikan impak kepada ramai pihak.

Ditambah dengan tujuan utama konsert itu adalah untuk amal kebajikan. Di mana Siti Nurhaliza tidak mahu pihak yang sudah mereka sasarkan untuk menerima bantuan itu, lambat untuk mendapatkan bantuan tersebut.

@ai_wany

Splendid! 🔥 #musicofthesoulsitinurhaliza #sitinurhaliza #awie #klcc #fyp

♬ original sound – ai_wany – ai_wany

Perkara itu turut menarik perhatian Awie. Yang aktif membuat konsert bersama dengan Wings.

Menurut Awie, dia berharap agar semua pihak faham bahawa golongan artis juga perlu bekerja demi menyara keluarga mereka.

Mereka bergantung kepada bakat yang ada untuk meraih sumber rezeki. Kenyataan Awie itu susulan daripada kenyataan Siti Nurhaliza yang berkata seni merupakan satu perjuangan mereka buat keluarga.

Dipetik daripada Media Hiburan, Awie berkata: “Kami ada anak yang masih bersekolah dan di universiti, keluar dari Universiti. Ada juga isteri yang sedang hamil. Kami ada tanggungjawab.

“Ini adalah tanggungjawab saya dan perjuangan saya untuk keluarga.

@mediahiburanofficial

Susulan kenyataan berkaitan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang akan meneruskan konsert solo pada 9 Mac ini, pelakon dan penyanyi rock terkenal, Datuk Awie tampil memberikan pandangannya. Menurut Awie, dia berharap agar semua pihak faham bahawa anak seni juga perlu bekerja dengan memanfaatkan bakat mereka demi menyara keluarga. #MHnews #MediaHiburan #awiewings

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

“Jadi, begitu juga dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk M. Nasir. Seni kami adalah perjuangan untuk keluarga.

“Kebetulan kami ini dilahirkan berseni [dengan bakat seni]. Ada kemampuan untuk menyanyi, buat lagu, berlakon dan sebagainya.

“Jadi kami teruskan ini. Allah juga yang tentukan [bakat]. Bukan kami yang tentukan. Kenapa kita kena berhenti melakukan kerja kita? Sedangkan kita boleh berdoa setiap hari.”

Awie kemudian menegaskan bahawa mereka juga takut dengan dosa. Namun konsert adalah sebahagian daripada karier mereka sebagai penyanyi. Mengarahkan mereka berhenti menyanyi atau mengadakan konsert ibarat menyekat rezeki mereka dan keluarga.

Awie menambah: “Mereka nak makan apa kalau kami tak bekerja. Berdoalah sentiasa. Selagi kita mengucapkan dua kalimah syahadah, sanubari kita tetap bersama saudara Islam kita.

Awie meningatkan bahawa setiap orang ada pekerjaan dan tanggungjawab masing masing. Awie turut mengesahkan bahawa Wings juga sangat aktif dalam misi kebajikan untuk rakyat Palestin.

Dia mengakui selama ini tidak selesa mendedahkan amal kebajikannya, dan membuat solat hajat sebelum memulakan konsert. Namun kini terpaksa menceritakannya sehingga seperti mereka sedang riak bercerita tentangnya.

“Sebelum Wings buat konsert, kami adakan solat hajat dan kumpul dana untuk bantu rakyat Palestin.

“Hal ini kami tak perlu cerita pada orang pun. Bila isu ini timbul, kami terpaksa bercerita,” kongsinya.

Baru baru ini, hampir 9,000 penonton telah sama sama berdoa ketika konsert Wings di Shah Alam. Awie menganggap ia kejayaan yang besar apabila mereka mengaminkan doa yang baik kira kira 9,000 orang untuk Palestin.