Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd menyarankan agar Siti Nurhaliza menunda konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza pada Mac akan datang.
Ini kerana menurut Datuk Seri Wan Salim, konsert tersebut agak dekat dengan bulan Ramadan.
Baca Juga:
- Ada Yang Call Datuk K Sebab Tak Dapat Tiket, Siti Nurhaliza Nekad Mahu Tambah Tiket Konsertnya
- Siti Nurhaliza Cipta Rekod Artis Tempatan Paling Cepat Tiket ‘Sold Out’
- Siti Nurhaliza Tak Buat Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil
Aktiviti hiburan menjelang bulan Ramadan dianggap boleh melalaikan umat Islam daripada mengingati Allah, tegas Wan Salim lagi.
Komen tersebut telah menarik perhatian oleh Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang merupakan pengasas Yayasan Nurjiwa.
Menurut Yayasan Nurjiwa, konsert tersebut akan diteruskan memandangkan tujuan utamanya adalah untuk kutipan amal.
Semua kutipan tiket tersebut akan disalurkan kepada badan kebajikan.
“Izinkan kami untuk menjelaskan sekali lagi bahawa konsert ini bukan dianjurkan atas kepentingan perniagaan dan keuntungan. Yayasan Nurjiwa adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan sejak 2006,” tegas kenyataan Yayasan tersebut.
Yayasan Nurjiwa kemudian mengesahkan bahawa, tujuan utama konsert ini sangat jelas iaitu mahu berngksing rezeki dan mereka yakin ianya benar benar diyakinan akan dapat mengurangkan bebanan dan penderitaan sesetengah golongan dan saudara di Palestin.
Yayasan itu bimbang penundaan konsert akan menyebabkan dana yang mahu mereka salurkan tidak akan dapat diagihkan kepada golongan yang sudah dikenalpasti terutama sekali Palestin.
Yayasan Nurjiwa memberitahu bahawa sejak mereka ditubuhkan, yayasan itu telah banyak membantu dalam kerja kerja amal kebajikan, kemanusiaan, keagamaan, pendidikan dan bantuan khas buat Palestin.
Selain itu Yayasan Nurjiwa turut mengingatkan bahawa, penundaan konsert Siti Nurhaliza itu akan memberikan kesan yang besar kepada tenaga produksi dan pengurusan perbadanan stadium nasional.
Mengulas tentang pemilihan tarikh yang dekat dengan 1 Ramadan. Yayasan Nurjiwa menyatakan mereka cuma ada tarikh itu sebagai pilihan terbaik. Kerana tarikh lain sudah diisi.
Pihak mereka sudah menempah stadium tersebut sejak awal 2023 lagi, namun tarikh yang mereka mahukan pada awalnya tidak dapat mereka dapatkan. Dan Perbadanan Stadium Nasional mengesahkan cuma tarikh itu sahaja yang kosong untuk mereka.