Datuk Siti Nurhaliza meminta peminat tegarnya yang tidak berkesempatan mendapatkan tiket konsertnya agar bersabar.

Ini kerana pihaknya juga sudah maklum akan perkara ini dan sedang berusaha untuk mencari solusi. Antaranya adalah mereka sedang berusaha menambah bilangan tempat duduk untuk konsert itu kelak.

Baca Juga:

Ketika Siti Nurhaliza sedang bersembang tentang produk yang dipromosikannya, ada peminat meluahkan kesedihan kerana tiket konsertnya ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ habis dijual atau sold out hanya dalam masa dua jam.

Mereka benar benar kecewa kerana tidak berpeluang untuk mendapatkan tiket tersebut yang sangat terhad dan laku keras.

Siti Nurhaliza masih membuktinya magisnya sebagai penyanyi no.1 negara apabila dia masih terus diminati peminat daripada pelbagai lapisan umur.

Dipetik dari laman Oh Bulan, Siti Nurhaliza berkata: “Jangan lah sedih, kejap ya saya dan team saya tengah berusaha banyak-banyak ni untuk kami tambah lagi seat (tempat duduk). Kasihanilah kami juga, kami pun terkejut dalam masa dua jam dah habis..semua dah kelam kabut.

Dalam video yang sama Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa ramai peminat yang menelefon Datuk K, pembanmtu peribadinya, dan ahli keluarganya kerana mahu mendapatkan tiket konsert itu.

Lalu beliau menyatakan bahawa pihaknya sedang cuba melakukan yang terbaik untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

Siti Nurhaliza menambah: “Ramai yang telefon, telefon Datuk K, PA (pembantu peribadi), anak-anak, adik beradik saya..minta ada lagi tak tiket. Tapi kami akan cuba untuk beri yang terbaik.”

Konsert Siti Nurhaliza dijadualkan akan berlangsung pada 9 Mac 2024 yang akan datang bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Konsert itu pasti akan menjadi hadiah istimewa daripada Siti Nurhaliza kepada peminat setianya yang sudah lama tidak melihat Tok Ti beraksi di atas pentas secara langsung.