Siti Nurhaliza mengakui dia terkejut dengan kenyataan rasmi oleh Universal Music Group (UMG) baru baru ini berkaitan isu Israel Palestin.

Di mana UMG mengecam Hamas kerana menyerang Israel menurut syarikat antarabangsa itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

UMG antara syarikat rakaman besar yang mengeluarkan kenyataan bersama menyokong Israel selain daripada Sony dan Warner Music.

Siti Nurhaliza terkejut

Siti Nurhaliza menegaskan dia benar benar terkejut dengan kenyataan syarikat Universal itu. Sambil berikrar bahawa pendirian dia tak sama dengan UMG dalam perkara itu.

Lebih lebih lagi Siti Nurhaliza merupakan antara tokoh terkenal yang lantang menyatakan sokongan kepada Palestin.

Siti Nurhaliza turut bersama sama dalam usaha mengumpul dana untuk membantu mangsa keganasan di Gaza.

UMG buat hal

UMG dalam kenyataannya melabel tindakan Hamas ke atas Israel sebagai barbarik, perbuatan pengganas dan anti semitisme.

Terkejut dengan kenyataan tersebut, Siti Nurhaliza percaya pendirian Universal Music Malaysia tidak sama dengan Universal Music Group.

Siti menjelaskan walaupun dia bukan artis di bawah naungan UMG, namun dia ada kerjasama dengan UMG. Kerana UMG adalah pengedar rasmi lagu Siti Nurhaliza.

Dipetik daripada Mstar Online, penyanyi nombor satu negara itu berkata: “Apa yang disuarakan oleh UMG tidak sama dengan pendirian saya. Dan saya tetap menyokong Palestin.”

“Universal Music Malaysia hanya bekerjasama dengan saya sebagai pengedar. Saya bukan di bawah naungan mereka,” tegas penyanyi Bukan Cinta Biasa itu.

Sii Nurhaliza senada dengan ramai pihak bahawa kenyataan UMG baru baru ini sangat kontroversi kerana jelas berpihak kepada Israel.

Siti Nurhaliza turut menangguhkan semua perancangan mengadakan konsert pada masa ini kerana menganggap masanya kurang sesuai.