Jika sebelum ini golongan selebriti atau penghibur yang kerap membuat permohonan maaf kepada golongan agamawan, namun lain ceritanya pada kali ini apabila Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor tampil memohon maaf kepada Siti Nurhaliza.

Isunya bermula apabila Mufti Pulau Pinang sebelum ini menyarankan agar konsert Siti Nurhaliza yang diadakan beberapa hari sebelum Ramadan dibatalkan bagi menghormati kemasukan bulan penuh barakah itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Isu tersebut telah menimbulkan pelbagai respons di kalangan orang ramai serta Siti Nurhaliza sendiri yang memaklumkan tujuan konsert tersebut dilakukan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Palestin.

Sumber: Berita Harian

Berbicara lebih lanjut, Dr Wan memberitahu, beliau ingin mengingatkan semua pihak bahawa pandangan peribadi seorang mufti tidak mengikat mana-mana individu Muslim atau bukan Muslim.

Ia berikutan mufti bukanlah seorang maksum atau terpelihara daripada kesalahan dan pandangan mufti bukan seperti ayat al-Quran atau hadis sahih yang tidak boleh dibantah mana-mana penganut agama Islam.

Katanya, teguran itu adalah secara ikhlas demi kebaikan umat Islam, bukan bagi mencari populariti atas kepentingan diri.

Jadi terserah kepada pihak berkaitan dan orang ramai sama ada mahu menerima pandangan yang diberi atau menolak berdasarkan pertimbangan masing-masing.

Cuma perlu diketahui, sesuatu amalan atau tindakan seseorang Muslim dinilai di sisi Allah SWT berdasarkan niat yang ikhlas daripada pelakunya dan betul pula caranya mengikut syariat.

Ini bermaksud tidak memadai melakukan sesuatu hanya dengan niat yang baik dan ikhlas saja, tetapi caranya juga mestilah sesuai dengan hukum syariat.

Dalam masa sama, Dr Wan turut mengambil peluang bagi menerangkan bahawa beliau amat berlapang dada mengenai hiburan dan aktiviti seni umumnya.

Inilah pendirian saya yang konsisten walaupun tahu ada sebahagian ulamak yang berpandangan bahawa hukum nyanyian dan muzik adalah haram dan berdosa.

Akhir kalam, menyedari kekerdilan diri sebagai seorang hamba Allah, saya dengan segala keinsafan memohon maaf kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa kerana teguran itu dibuat secara terbuka dan menimbulkan polemik yang tidak jangka.

Sumber