Pada awal minggu ini para pengunjung restoran Rembayung berasa sangat bertuah apabila bukan sahaja berjumpa dengan pemiliknya, Khairul Aming, bahkan mereka dapat berjumpa dengan biduanita negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan video untuk merakam memori itu.

Dalam pada itu, timbul persoalan di antara netizen yang menanyakan sama ada Siti Nurhaliza turut battle slot Rembayung. Umum pengetahuan ramai, adalah sangat sukar untuk mendapat slot di tempat itu.

Bagi menjawab persoalan itu, pengurus peribadi biduanita negara itu, Rozi Abdul Razak tampil menjawab persoalan netizen.

Memetik perkongsian beliau, Siti Nurhaliza merupakan jemputan bagi meraikan kejutan sambutan hari jadi di Rembayung.

“Sebenarnya Siti Nurhaliza itu hanya jemputan meraikan saya, dan saya juga hadir kerana ada kejutan sambutan hari jadi untuk saya di situ.

“Jadinya yang battle semua tu bukan Siti Nurhaliza. Dan kebetulan dapat slot tengah hari, hari kerja tapi kami hadir juga. Saya terangkan supaya dapat menjawab juga pertanyaan lain,” jelas beliau.

 

View on Threads

 

Tambahnya lagi, kejutan sambutan hari jadi itu adalah usaha sesama antara pekerja Siti Nurhaliza untuk battle slot Rembayung.

Sekiranya tidak dapat slot, pekerja merancang untuk mengadakan sambutan itu di tempat lain.

Rozi sendiri juga terkejut apabila diajak datang ke Rembayung ketika waktu bekerja untuk menghadiri sambutan hari jadi untuk dirinya sendiri yang langsung tidak diketahuinya.

“Saya pun terkejut sebab diajak makan masa waktu bekerja itu, rupanya itu sahaja slot yang mereka dapat battle,” kongsi beliau.