Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya hari ini secara rasminya restoran Rembayung membuka tirai dengan sambutan sejumlah pelanggan bertuah yang berjaya menempah tempat untuk makan di situ.

Pasti ramai tertanya-tanya dimanakah review awal untuk makanan yang ditawarkan di restoran Rembayung, yang menyajikan makanan melayu tradisional kerana masing-masing mempunyai harapan yang tinggi terhadap Khairul Aming.

Salah satu review terawal yang berjaya kami temui di platform Threads adalah dari seorang wanita bersama keluarganya yang berkesempatan mencuba pelbagai juadah dan sudi berkongsi ulasan makanan di Rembayung.

Sedap Ke Tidak? Ini Review Jujur Pelanggan Terawal Yang Dah Rasa Menu Di Rembayung
Sumber Gambar: Threads

Juara Utama: Cucur Udang dan Sayur Lemak di sini memang berada dalam kelas tersendiri (100/10). Udangnya besar, segar, dan dibersihkan dengan teliti, manakala sayur lemaknya pula sangat pekat sehingga rasanya persis kuah laksam yang asli.

Peminat Pedas: Anda pasti puas hati dengan Ayam Lemak yang pedasnya ‘berdesing’ telinga dan Siakap Sambal yang cukup rasa. Jangan lupa cuba Udang Sambal Petai mereka—udangnya fresh dan sudah siap dibuang urat hitam, memang berkualiti!

Ulam-Ulaman: Melengkapkan hidangan adalah sambal belacan dan sambal tempoyaknya yang sangat on-point. Sebagai penutup, Buah Campur Asam Boi mereka memberikan rasa segar yang sempurna selepas menikmati lauk-pauk yang berat.

Meskipun Daging Lemak mereka mempunyai aroma smoky yang agak kuat dan Telur Dadar yang sedikit tinggi perasanya, namun secara keseluruhan, saiz hidangan (portion) di sini sangat banyak dan memuaskan hati.

Satu lagi yang menarik, kebersihan makanan amat terjaga terutama dalam penyediaan udang.

Sedap Ke Tidak? Ini Review Jujur Pelanggan Terawal Yang Dah Rasa Menu Di Rembayung
Sumber Gambar: Threads

Berdasarkan gambar resit, dia telah membelanjakan sekitar RM360.35.

Menariknya, KA turut mengucapkan terima kasih dengan ulasan jujur itu disamping menitipkan ucapan tahniah kerana berjaya pelanggan pertama yang menyambut hari jadi di situ.

Sedap Ke Tidak? Ini Review Jujur Pelanggan Terawal Yang Dah Rasa Menu Di Rembayung
Sumber Gambar: Threads

Seorang lagi pelanggan bertuah berbangsa Cina mendedahkan yang dia jarang sekali memakan masakan melayu tetapi juadah di Rembayung tersangat sedap. Dia turut berkata kuantiti cucur udang memang besar sekaligus memberikan kepuasan hati buat pelanggan.