Sementara orang lain perlu berebut slot dan ada yang sanggup beli dari reseller dengan harga yang mahal, lain pula ceritanya buat seorang pengawal keselamatan apabila boleh menikmati juadah di Rembayung susulan terima pelawaan dari pelanggan yang tumpang duduk di kerusinya.
Menerusi hantaran pengguna media sosial dengan nama gelaran @ultramet, dia berkongsi sebuat video yang memperlihatkan dirinya bersama kenalan sedang menyusun makanan dan minuman yang dipesan.
Dalam pada itu, dia turut menyantuni seorang pengawal keselamatan pada ketika itu.

Dia berseloroh pada kapsyen mengatakan ” pinjam sekejap pengawal keselamatan Perodua depan ini” tulisnya.
Perkongsian video itu langsung meraih perhatian netizen dan ramai yang teruja melihat betapa bertuahnya pengawal keselamatan itu yang berpeluang menikmati makanan di Rembayung walhal orang lain perlu ‘berperang’ semata-mata mahu mendapatkan slot di sana.
“Apa amalan dia sampai dapat macam tu?”, “Rezeki datang tanpa disangka”, “apa agaknya amalan dia org jemput makan kat situ tanpa perlu lawan”, antara lontaran soalan yang bermain di dalam kalangan netizen.
Sosok pengawal keselamatan yang tampak rawak di dalam kumpulan itu langsung membuatkan orang ramai tertanya-tanya kisah disebalik lelaki itu menjemput pengawal keselamatan itu untuk turut serta slotnya sekali.

Ceritanya, sebelum kejadian, dia tumpang lepak di tempat servis Perodua yang kebetulan bersebelahan di restoran Rembayung. Dia pun secara rawak menyapa dan menjemput pengawal keselamatan untuk makan sekali.
Seketika, dia bersama rakan masuk ke dalam selepas slotnya sudah sampai sementara pengawal keselamatan itu pergi meminta izin terlebih dahulu dari pihak atasan.
Selepas 10 minit kemudian, dia pun pergi jemput pengawal keselamatan Perodua itu untuk masuk ke dalam selepas melihat dia tercari-cari dari luar.
Boleh lihat video dengan klik di sini.
Walaupun video ini ringkas, tapi mesej yang dibawakan cukup menyentuh hati ramai di sampingg mendapat pujian akan kebaikan pemilik yang sudi berkongsi rezeki bersama orang lain tanpa mengira latar belakang.