Setiap generasi mempunyai ‘penanda masa’ mereka yang tersendiri. Bagi mereka yang membesar di era 90-an dan awal 2000-an, wang kertas RM2 pastinya menyimpan seribu satu nilai sentimental.

Bagaimanapun, penularan gambar dimuat naik oleh Gen Z yang memandang mata wang tersebut seperti sebuah artifak purba telah menarik perhatian ramai.

“Apa?  Saya tidak pernah menyangka RM2 wujud?” soalnya di dalam satu hantaran menerusi platform Reddit.

Menerusi gambar yang disiarkan, kelihatan jelas sekeping wang bernilai RM2 berwarna ungu. Keadaan asal terdapat kesan usang dan kedut, ia langsung memberi gambaran duit berkenaan telah disimpan sejak sekian lama oleh ahli keluarganya.

“Tiba-Tiba Rasa Tua…” – Netizen Terpukul Dengan Realiti Jurang Usia

Walaupun perkongsian itu sekadar menunjukkan rasa terkejut dan ingin tahu dengan penemuan wang kertas tersebut, ia telah membuatkan ramai pengguna internet merasa sudah ‘berusia’ susulan wang itu sudah tidak dikenali oleh generasi kini.

Individu terbabit turut mendedahkan dia memang lahir selepas tahun 2010 sekaligus berada di dalam kelompok Gen Z.

Ada mengganggap ia sebagai sesuatu yang melucukan, tetapi bagi sesetengah pula mula mengimbau kenangan dahulu kala yang pernah merasai sendiri penggunaan wang kertas bernilai RM2 tersebut.

Kuasa Beli Era 90-an

Menariknya, ramai mendedahkan pada zaman dahulu mereka yang memiliki wang ini boleh dianggap mewah kerana boleh membeli pelbagai barang dan makanan termasuk nasi lemak bersama ayam goreng, sebuku roti dan keropok goreng.

Bukan Setakat RM2, Syiling Seringgit & Not RM500 Pun Dah Jadi Sejarah

'Apa, RM2 Pernah Wujud?’ – Hantaran Gen Z Ini Buat Rata-Rata Netizen Terasa Tua
Sumber Gambar: FB

Dalam pada itu, sebahagian pengguna lain yang menambah lagi tentang kewujudan duit seringgit dalam bentuk syiling, not wang bernilai RM500 dan RM1,000 yang mungkin tidak diketahui oleh si pemilik hantaran sebelum ini.

Daripada asyik mengusik soal jurang usia, seorang individu tampil berkongsi perspektif berbeza yang lebih berasaskan fakta. Beliau menjelaskan bahawa wang kertas RM2 ini sememangnya wujud sebagai alat transaksi sah sebelum dihentikan pengeluarannya sama seperti nasib duit syiling 1 sen,

Hal ini ekoran faktor keselamatan serta trend penggunaan RM1 yang lebih dominan ketika itu.

Walaupun terdapat kekeliruan carian digital yang mendakwa ia baru berhenti dicetak sekitar tahun 2020, hakikat sejarah mencatatkan Bank Negara Malaysia sebenarnya telah menamatkan cetakan siri RM2 ini sejak awal tahun 2000-an lagi.

Dengan ini, wang ungu tersebut bukan sahaja menjadi collector’s item yang unik, malah nilainya yang semakin nadir menjadikannya satu khazanah peribadi yang wajib disimpan rapi.

Fenomena ini bukan sekadar hiburan kosong di media sosial; ia adalah refleksi jelas tentang bagaimana evolusi mata wang dan masa bergerak lebih pantas daripada apa yang kita sedari, sekaligus meninggalkan impak nostalgia yang mendalam buat generasi terdahulu.