Jika sesebuah kenderaan diletakkan pada kawasan dilarang, kenderaan tersebut memang boleh dikenakan tindakan clamp sebagai ‘hukuman’. Namun bagaimana pula jika anda jadi seperti pemilik ini, kereta Myvi kena clamp walaupun dia telah meletakkannya di ruangan parkir yang sepatutnya.
Menurut lelaki itu, dia meletakkan keretanya di kawasan parkir dalam pusat beli-belah. Apabila hendak pulang, dia mendapati keretanya telah kena clamp dan ada sekeping notis denda meminta bayaran RM100 untuk membuka clamp tersebut.
Baca Juga:
- Pusat Beli-Belah Jawab Isu ‘Clamp’ Kereta Pengunjung Di Petak Parkir Kosong
- Mahu Elak Bayar Denda RM50, Pemandu Honda Ini Sanggup Lenyek ‘Clamp’ Sewaktu Undur Kereta
- Tindakan Lelaki Ini Mengamuk Kereta Kena ‘Clamp’ Undang Pertikaian Netizen
Dalam video berdurasi 41 saat itu juga, dia menjelaskan bahawa tiada ‘notis’ atau ‘tanda’ menyatakan tidak boleh meletakkan kenderaan pada ruang parkir itu.
Dia turut menegaskan keretanya juga tidak menghalang laluan mana-mana kenderaan lain. Ini kerana kereta di hadapannya milik rakan dan dia boleh terus keluar dari tempat parkir itu tanpa sebarang masalah.
Perkongsian video itu turut menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen, ada mendakwa berkemungkinan parkir itu khusus untuk kedai cuci kereta yang ada bersebelahan.
Ada juga yang pernah menghadapi ‘situasi sama’ menyatakan gara-gara mereka terlupa kunci kereta, jadi ada pihak yang clamp kereta terbabit atas sebab keselamatan bagi mengelakkan kereta itu daripada dicuri.
Tidak kurang juga ada berpendapat, kotak parkir yang mempunyai nombor itu sebenarnya ‘parking khas’. Manakala bagi parkir yang tidak mempunyai nombor pula barulah boleh digunakan oleh pengunjung pusat beli-belah tersebut.
Dalam pada itu, orang ramai menyarankan kepada pemandu Myvi itu agar pergi ke pejabat pengurusan pusat beli-belah tersebut bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengapa keretanya kena clamp semasa meletakkan kereta di ruang parkir itu.
Netizen juga memintanya update video baharu supaya mereka tahu apa ‘kesalahan’ yang dibuatnya sehingga kereta kena clamp.
Kemas kini 7 September 2022, 12.30 tengah hari — Klik sini untuk baca kenyataan penuh penjelasan yang dikongsikan oleh pihak pihak pusat beli-belah mengenai isu Myvi kena clamp.
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Seorang pemandu Honda sanggup mengundur kereta walaupun tayarnya mempunyai clamp gara-gara enggan bayar denda sebanyak RM50. Baca lebih lanjut melaluia pautan di bawah.
Mahu Elak Bayar Denda RM50, Pemandu Honda Ini Sanggup Lenyek ‘Clamp’ Sewaktu Undur Kereta
Tindakan Lelaki Ini Mengamuk Kereta Kena ‘Clamp’ Undang Pertikaian Netizen