Malaysia menjadi antara negara tumpuan untuk pelancong meneroka kelainan budaya dan keindahan alam sekitar yang dikurniakan.

Pada hari ini, boleh dilihat pelancong dari pelbagai negara membanjiri Malaysia dan rata-ratanya meluahkan rasa sangat gembira sepanjang tinggal di sini.

Tetapi kenapa seorang lelaki dari Barat ini tidak berminat negara Malaysia menjadi popular dan dikenali ramai lagi?

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pencipta konten yang dikenali sebagai @Gomalaysia, dia telah menemu bual seorang lelaki dari luar negara dan bertanyakan soalan apa yang perkara yang disukai berkaitan Malaysia.

Lelaki itu pun lalu mendedahkan yang dia sangat menyukai penawaran makanan yang luar biasa di negara ini.

“Paling utama sekali adalah makanannya,” ujarnya.

Pelancong lelaki itu sedia menyenaraikan beberapa makanan kegemaran seperti kari ikan, udang, roti canai dan menyimpulkan kesemua makanan adalah perkara yang paling disukainya berkaitan Malaysia.

Walaupun meminati sejumlah aktiviti sukan yang ditawarkan di sini, dia sambil berseloroh mengatakan perutnya perlu diisi dengan makanan yang sedap.

Apabila ditanya soalan tiga perkara yang perlu diketahui oleh seluruh dunia berkaitan Malaysia, dia hanya memberikan jawapan keperluan mengetahui maksud ‘Malaysia Boleh’.

Namun selepas itu, dia hanya tersenyum sambil mendakwa perlu merahsiakan identiti Malaysia dari dunia luar kerana tidak mahu dipenuhi dengan orang ramai dan mahu memiliki exclusivity untuk ‘mereka’ menikmati segala yang ada di Malaysia.

“Tiada apa yang anda tidak perlu tahu tentang Malaysia. Pergilah ke Thailand atau Singapura. Itu sahaja,” katanya dalam nada jenaka.

Di pengakhiran video, dia kelihatan gembira untuk melakukan aktiviti paragliding sambil menikmati keindahan alam di sebuah pantai di Langkawi.

@gomalaysia

Well maybe we shouldn’t make Malaysia that famous after all..😄🇲🇾🙌❤️ Malaysia makanmakan kitesurfing Cherating #Pahang

♬ original sound – Go Malaysia! – Go Malaysia!

Di bahagian kapsyen, wanita yang menemu ramah juga seperti bersetuju yang mereka tidak sepatutnya mempopularkan Malaysia kepada orang luar.

Video tersebut langsung menjadi perhatian dan dihujani sejumlah komentar dari netizen tempatan yang turut bersetuju bahawa Malaysia perlu dirahsiakan dari diketahui ramai.

Bagi netizen, ada betulnya jika warga setempat dan mereka yang ‘terpilih’ sahaja boleh menikmati segala keindahan alam sekitar dan syurga makanan yang terbentang luas.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Dalam masa sama, ramai warga tempatan meluahkan rasa gembira kerana banyak reaksi pelancong luar yang cukup menyukai Malaysia dan mula dikenali di mata dunia.