YouTuber dan pelawak, Nigel Ng yang lebih popular dikenali sebagai Uncle Roger telah membuka restoran di Pavilion Bukit Bintang pada hari ini.

Ternyata sambutannya daripada orang ramai sangat memberangsangkan apabila ada peminatnya sanggup tunggu restoran dibuka sebelum pusat beli-belah itu dibuka lagi.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Salah seorang pengunjung yang datang meraikan pembukaan restoran itu, tidak lain tidak bukan Pinn Yang, pengasas konten makanan KL Foodie.

Apabila Pinn Yang bertanya kepada Uncle Roger mengenai status halal, beliau menjawab masih dalam proses permohonan.

“Kami sedang mohon sijil halal daripada Jakim.

“Jakim cepat sedikit. Kenapa begitu lama? Cepat-cepat bagi saya sijil,” kata Uncle Roger.

Sumber Gambar: Instagram @kl.foodie
Sumber Gambar: Instagram @kl.foodie
Sumber Gambar: Instagram @kl.foodie

Ramai memuji Uncle Roger kerana sudah siap sedia memohon sijil halal awal-awal bagi mengelakkan salah faham di kalangan orang ramai.

Dalam pada itu, netizen juga terkejut apabila Uncle Roger menjawab soalan Pinn Yang dalam Bahasa Malaysia.

Ramai yang masih tidak tahu Uncle Roger sebenarnya berasal dari Malaysia, bukanlah Singapura walaupun gaya perwatakan yang dibawa oleh Nigel Ng seakan dari negara jiran.