Gusar dan tertekan adalah penyakit lain yang perlu dihadapi rakyat Malaysia selain daripada COVID-19. Dalam keadaan yang serba tidak menentu, pembunuhan diri adalah jalan terakhir yang dipilih oleh sebahagian orang bagi melepaskan segala beban yang digendong di bahu mereka. Melihat jalan akhir iniย  dipilih adalah sukar, tetapi untuk berada di tempat mereka ia lebih menyakitkan.

Di Pulau Pinang sahaja, sekurang-kurangnya 10 orang mengambil jalan untuk membunuh diri dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini iaitu sepanjang pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19. Dan dalam tempoh lima bulan – di antara Januari hingga Mei – seramai 53 orang telah dilaporkan mengambil nyawanya sendiri serta 19 daripadanya berjaya diselamatkan.

Dalam menghadapi keadaan yang sukar begini, sokongan moral atau sosial sangat diperlukan dalam keadaan masyarakat dihimpit tekanan hidup akibat pandemik COVID-19.

#KempenBenderaPutih

Prihatin dengan nasib yang menimpa orang disekeliling kita adalah bukti bahawa kita masih manusia. Masih di beri akal dan naluri untuk memahami keluh kesah mereka yang terkesan sepanjang pandemik. Ada yang kehilangan sumber pendapatan, ada yang terpaksa mengikat perut, manakala sebahagian pula terpaksa meminta-minta untuk kelangsungan hidup di masa hadapan.

Mungkin ada sebahagian daripada kita yang malu untuk tampil kehadapan dan mengaku bahawa mereka kini berada dalam satu fasa buntu. Namun, semua itu mampu diselesaikan jika mereka berkongsi rasa dengan insiatif terbaharu rakyat Malaysia dengan mengibarkan bendera putih.

Melalui #KempenBenderaPutih ini, rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan dan malu untuk meminta bantuan dinasihatkan untuk mengibarkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan bantuan dan sokongan hidup.

“Naikkan bendera putih di kediaman anda jika memerlukan bantuan makanan dan keperluan. Jangan ambil tindakan yang merugikan diri dan orang tersayang. Elakkan stress. Tidak perlu merayu dan malu. Hanya kibarkan kain putih semoga ada yang membantu.”

https://twitter.com/amisyuuuu98/status/1409494290447835145

Tidak pasti siapakah yang pertama hadir dengan cadangan ini, tetapi ini adalah jalan lain bagi mereka yang malu dan segan untuk meminta bantuan agar tampil kehadapan. Ini juga adalah jalan lain untuk mengelak daripada berlakunya kes pembunuhan diri yang semakin hari, semakin meningkat. Semoga melalui jalan ini, kita mampu untuk bertahan sehingga ke garisan penamat.

Lelaki ini tawar khidmat bantu orang bunuh diri, bakal dikenakan hukuman mati. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Ini Tawar Khidmat Bantu Orang Bunuh Diri, Bakal Dikenakan Hukuman Mati